Free Widgets

Friday 15 March 2013

AZZUMUDIE BERJAYA LOLOS, OPERASI DAULAT DITERUSKAN


Kota Kinabalu, 15 Mac - Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina.

Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama di sini, malam ini.

Mereka berkata maklum balas daripada pasukan keselamatan negara di kawasan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama dengan pengikutnya di Sabah.

Zulkifeli berkata walaupun Azzumudie telah melarikan diri, Operasi Daulat akan diteruskan bagi memburu dan menangkap saki-baki kumpulan itu yang masih berada di Tanjung Batu, Lahad Datu.

Beliau berkata pasukan keselamatan telahpun memasuki Kampung Tanjung Batu untuk membuat pembersihan dengan lebih terperinci dan yakin dalam beberapa hari lagi kawasan itu dapat dibersihkan.

Dalam operasi pagi tadi pasukan keselamatan mengesan beberapa aktiviti yang dipercayai dilakukan oleh musuh dalam kumpulan yang kecil, katanya.

Ismail pula berkata pihaknya yakin dengan jumlah besar anggota pasukan keselamatan pada masa ini, usaha membersihkan kawasan-kawasan yang terbabit dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: