Free Widgets

Thursday 14 March 2013

Balu Allahyarham Sjn Azis Sarikon Terima Sumbangan RM100,000 Daripada Kerajaan Sabah

Balu kepada Allahyarham Sarjan Abd Azis Sarikon, Siti Bandorah Mahalil, 39, membacakan surat ucapan takziah daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama anak-anaknya (dari kiri) Nurul Syazwani, 12, dan Nurul Liyana, 15, di kediamannya di Semporna pada Khamis.Sarjan Abdul Azis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau merupakan salah seorang dari enam anggota polis yang maut dalam serangan penceroboh di kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, 2 Mac lepas.-Foto BERNAMA 


SEMPORNA: Kerajaan Sabah menyerahkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada keluarga Sarjan Azis Sarikon, anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan militan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini pada 2 Mac lepas.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman kepada balu allahyarham, Siti Badorah Mahalil di kediamannya di Taman Pelangi, dekat sini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Siti Badorah, 39, berkata wang berkenaan akan digunakan sebaik-baiknya untuk kehidupan mereka sekeluarga, terutamanya dalam memberi kehidupan lebih baik kepada empat anaknya berumur antara tujuh dan 18 tahun.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas sumbangan dan bantuan yang diberi. Bantuan ini adalah untuk masa depan anak-anak saya," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya Datuk Ramlee Marhaban dan Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah.

Ramlee berkata sumbangan itu tanda keperihatinan dan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Allahyarham Abd Azis, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau merupakan seorang daripada enam anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di perkampungan air itu, dan berasal dari Batu Pahat, Johor. DI TAWAU, Sukarti turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada balu Allahyarham Koperal Salam Togiran, Marlina Utan, 38, di Bandar Seri Indah.

Marlina mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan kebajikan keluarganya.
Salam, 42, terkorban dalam insiden serang hendap pengganas di Kampung Simunul, Semporna, pada 2 Mac lepas.BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: