Free Widgets

Monday 18 March 2013

Butterworth: KAPAL ANGKUT MINYAK SAWIT DI FELDA SAHABAT BEROPERASI SEJAK MINGGU LEPAS

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

 Butterworth, 18 Mac - Beberapa buah kapal untuk mengangkut minyak sawit daripada kilang di Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah telah beroperasi sejak minggu lepas, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata pergerakan kapal berkenaan memasuki dan keluar dari jeti Felda di kawasan perairan itu diawasi dan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi memastikan keselamatannya berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sejak 12 Feb lepas.

"Saya dimaklumkan keadaan di Felda Sahabat bertambah baik...kita mendapat kerjasama yang baik daripada TLDM," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek Surau MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan penyerahan wang zakat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di MSM di sini hari ini.

Mohd Isa berkata Felda Sahabat mempunyai kawasan ladang kelapa sawit seluas 101,929.86 hektar dan setakat ini pihaknya belum mengetahui jumlah kerugian dialami FGV akibat kejadian pencerobohan berkenaan.

"Kita tunggu pihak tentera dan polis selesaikan dahulu Operasi Daulat dan jika keadaan sudah selamat, FGV akan menilai dan melihat kerosakan serta mengira kerugian yang dialami FGV akibat pokok sawit yang rosak semasa kejadian itu.

"Kita juga akan membantu peneroka yang rumah mereka rosak dalam kejadian pencerobohan itu dan melihat perkara-perkara lain yang boleh dibantu," katanya.

Katanya Felda bekerjasama dengan pihak polis dan tentera bagi menjamin keselamatan peneroka di kawasan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: