Free Widgets

Saturday 9 March 2013

EMPAT PEROMPAK BERSENJATA PISTOL, TUKUL ROMPAK KEDAI EMAS DI KULIM


Kulim, 9 Mac - Empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi melarikan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit setelah merompak sebuah kedai emas, di Jalan Tunku Adibah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata dalam kejadian 10.15 pagi itu, empat lelaki memakai topeng ski yang keluar daripada sebuah kereta Proton Wira bernombor PGD2383 menerpa masuk ke dalam kedai emas terbabit dan melepaskan dua das tembakan ke arah tiga pekerja.

Katanya disebabkan ketakutan semua pekerja yang baru sahaja memulakan perniagaan di kedai emas itu tidak melawan kerana bimbang dicederakan.

"Dua daripada perompak yang membawa tukul besi memecahkan cermin meja pameran dalam kedai tersebut dan memasukkan barang kemas itu ke dalam beberapa uncang.

"Kemudian keempat-empat suspek melarikan diri bersama hasil rompakan menaiki kereta yang diletakkan di hadapan kedai berkenaan. Rompakan itu mengambil masa kira-kira 10 minit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut beliau jumlah sebenar kerugian yang dialami pemilik kedai emas itu masih belum dapat ditentukan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian rompakan itu menghubungi balai polis terdekat.

Ghuzlan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata api.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: