Free Widgets

Thursday 14 March 2013

MAKLUMAT DISALUR PENDUDUK UNTUK JEJAKI SAKI-BAKI PENGGANAS SULU MENGGALAKKAN

Semporna, 14 Mac - Bilangan maklumat yang disalurkan penduduk Semporna untuk membantu anggota keselamatan menjejaki saki-baki militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dari Sulu amat menggalakkan, kata Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah.

Mohd Firdaus berkata setiap maklumat yang diterima akan disiasat dan diperiksa bagi memastikan kesahihannya.

"Saya amat berterima kasih kepada penduduk Semporna yang amat prihatin. Setakat ini maklumat yang disampaikan cukup menggalakkan. Inilah satu kerjasama yang baik di antara polis dan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Firdaus bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin kerana ia boleh menimbulkan keresahan dan ketidaktentuan di kalangan masyarakat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai sesuatu maklumat supaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan pengesahan dan bukannya menyebarkannya kepada orang lain.

"Cuma saya minta kepada semua supaya jangan main-main (buat gurauan) ketika menyampaikan maklumat kerana ia bukan sahaja menyusahkan polis tetapi juga rakyat," katanya.

Beliau mengulas khabar angin kononnya berlaku tembak-menembak di SMK Abdullah dan SK Bubul di sini hari ini, sehingga para pelajar diminta meninggalkan premis berkenaan.

Bagaimanapun pemeriksaan polis kemudiannya mendapati maklumat itu tidak benar.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus meminta penduduk yang tinggal berdekatan dengan kem-kem tentera atau pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) supaya tidak menceroboh kawasan larangan berkenaan.

Katanya sekiranya penduduk mempunyai urusan dengan pihak tentera, mereka perlu menggunakan laluan yang disediakan dan tidak memasuki kawasan itu sewenang-wenangnya, bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

"Pada masa ini bila ada kecurigaan sahaja, semua (anggota keselamatan) akan ambil perhatian penuh tentang keselamatan. Jadi pihak tentera telah meminta saya sampaikan perkara ini kepada orang awam," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: