Free Widgets

Tuesday 12 March 2013

Sumbangan Kepada Keluarga Wira Negara - Kita Prihatin

Adik Mohd Izzat Syafiq, anak kepada Allahyarham SM Baharin bin Hamit.. 

“...Majlis yang diadakan pada petang ini bukanlah sekadar majlis rutin, tetapi ia merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab iaitu sebagai saluran kebajikan kepada para pegawai dan anggota PDRM yang berhak..” – Timbalan Ketua Polis Negara.

BUKIT AMAN, 12 Mac – “Saya amat berbangga kerana seluruh lapisan masyarakat di negara kita yang tercinta ini telah melahirkan rasa simpati dan kesedihan malah telah sudi memberi sumbangan kepada pewaris perwira kita itu,” ujar YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Cek Wira Op Daulat di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, hari ini.

PDRM berbesar hati apabila FGV Holdings Berhad memaklumkan hasrat untuk menyampaikan sumbangan khas dalam bentuk wang tunai sebanyak RM10,000 setiap seorang kepada balu Pegawai dan Anggota Polis yang terkorban semasa menjalankan tugas "Op Daulat" di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Di samping itu, FGV Holdings Berhad turut berhasrat untuk memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang kepada waris Pegawai dan Anggota Polis yang tercedera semasa menjalankan tugas yang sama. Meringankan lagi bebanan mereka, DRB Hicom juga turut menyampaikan cek bantuan sumbangan wang tunai berjumlah RM 10,000 kepada wira yang terkorban dan 3,000 kepada yang tercedera.

Turut hadir pada hari ini, YB Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad, Pengerusi Felda Golden Ventures Holdings (FGH) Berhad, Y.Bhg Dato' Mohamed Razeek Md Hussien, Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan dan Hartanah DRB HICOM Berhad, Y.Bhg Dato' Sabri bin Ahmad, Presiden Kumpulan FGV Holdings Berhad, Pengarah-pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, balu-balu serta waris-waris wira negara dan wakil-wakil media.
— at Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: