Free Widgets

Sunday 31 March 2013

Kanak- Kanak Ini Diberi Makan Sebelum Ditembak Mati Tentera

 Balachandran Prabhakaran diberi makan

Gambar yang menunjukkan saat terakhir sebelum seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dibunuh oleh tentera Sri Lanka, tersebar. Melalui gambar tersebut, terungkap bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sempat diberi makanan sebelum ditembak mati.
Gambar kanak-kanak yang bernama Balachandran Prabhakaran, anak pemimpin pemberontak Harimau Tamil, Velupillai Prabhakaranini, diambil pada Mei 2009 lalu, tengah berlaku konflik besar-besaran antara kerajaan Sri Lanka dengan kumpulan pemberontak Tamil.
kerajaan Sri Lanka selama ini mendakwa bahawa Balachandran mati dalam tembak-menembak antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak. Namun kewujudan gambar tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut ternyata dihukum mati secara keji oleh tentera Sri Lanka. Demikian seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (20/2/2013).
Gambar pertama menunjukkan Balachandran yang sedang ditahan tentera Sri Lanka, duduk di sebuah bangku sambil memakan snack.kelihatan gambar kanak-kanak ini hanya berseluar pendek.

Namun gambar di bawah benar-benar memilukan hati. Balachandran kelihatan terbaring di tanah dalam keadaan tidak bernyawa,dan kelihatan luka tembakan di dadanya.
Menurut hasil pemeriksaan, terdapat 5 luka tembakan di bahagian dada Balachandran. Dari lukanya, budak tersebut ditembak dari jarak dekat. Pekara membuktikan kerajaan Sri Lanka yang menyatakan bahawa Balachandran mati dalam adengan tembak-menembak adalah palsu.
Gambar-gambar Balachandran ini dipaparkan dalam filem dokumentari berjudul 'No Fire Zone' yang diterbitkan oleh pengarah Callum MacRae. Menurut MacRae, foto-foto tersebut menjadi tamparan bagi kerajaan Sri Lanka.
  Balachandran Prabhakaran ditembak mati
"Gambar-gambar itu menunjukkan ketika dia dalam tahanan, dan bahkan sempat diberi makanan, sebelum akhirnya dibawa dan dilaksanakan hukuman secara keji," terang MacRae.
Pihak tentera Sri Lanka menyatakan dengan kesal insiden itu. Menurut jurucakap tentera Sri Lanka, Brigadier PR Wanigasooriya, pihaknya selalu dituduh melakukan pembunuhan dan pencabulan hak asasi manusia, namun tidak pernah ada bukti yang menyokong tuduhan tersebut.
"Tidak ada bukti kuat yang membuktikan tuduhan tersebut yang mampu membuat kami melakukan siasatan," katanya.

Penduduk sepakat mahu terus tinggal di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu

“Semua penduduk sepakat mahu terus tinggal di sini dan kami akan bangunkan semula kampung ini kerana di sini kami dilahirkan, beranak-pinak dan mencari rezeki.”
Demikian azam disuarakan Ketua Kampung Tanjung Batu Mahmood Mallang, 72, di sebalik rasa sedih dan sayu selepas melihat kemusnahan kampung itu, semalam.
Dia bersama 19 lagi ketua keluarga kampung itu dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Lawatan yang turut diiringi pasukan keselamatan itu bertujuan membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang hari ini.
Mahmood berkata, selepas lebih sebulan berada di pusat pemindahan di Fajar Harapan, dia bersyukur kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki kembali ke kampung halaman mereka.

Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru - Polis

Pasukan keselamatan mengawal ketat Kampung Tanduo bagi memastikan kawasan itu bebas pengganas sebelum penduduk kampung dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing 
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.
"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.
Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.
Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.
Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.
Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.
Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA

Penduduk Tanjung Batu sayu lihat rumah berlubang kesan tembakan

Sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu terdapat kesan-kesan tembakan akibat pertempuran hampir sebulan antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat

LAHAD DATU - Peluru bertaburan di jalan raya, rumah yang dibina dan dihuni sejak 40 tahun lepas penuh berlubang dengan kesan tembakan dan ada di antaranya musnah sama sekali akibat dibakar kumpulan militan dari selatan Filipina yang bertempur dengan pasukan keselamatan.

Keadaan sayu itu menyambut kepulangan ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu yang pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka setelah hampir sebulan ditempatkan di pusat pemindahan berikutan kejadian pencerobohan militan Sulu.

Kampung Tanjung Batu adalah lokasi yang menjadi pilihan penceroboh militan Sulu untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan pantai dan hutan selepas mendarat di Kampung Tanduo 12 Feb lepas.

Kumpulan militan itu dipercayai menggunakan perkampungan berkenaan untuk berteduh dan mengumpulkan anggota mereka sebelum mula menyerang dan menawan kampung itu.

"Saya memang terkejut. Saya tidak sangka jadi begini sehingga rumah hangus. Saya reda kepada Tuhan atas kejadian ini," kata Mahmud Mallang, 72, ketua Kampung Tanjung Batu apabila melihat kemusnahan yang dialaminya.

Kejadian itu bukan sahaja memusnahkan rumahnya malah empat rumah anaknya juga hangus terbakar, selain turut kehilangan kereta dan motosikal.

Beliau berkata walaupun mengalami kemusnahan yang teruk, rata-rata penduduk kampung sepakat untuk terus menetap di perkampungan itu memandangkan itulah kampung halaman mereka dan tempat mereka mencari rezeki.

Kesayuan jelas tergambar di wajah ketua-ketua keluarga yang dibawa masuk ke kampung itu untuk menilai kerosakan yang mereka alami dan bagi John Dulahap, 62, walaupun sedih melihat kemusnahan itu, beliau yakin kerajaan pasti akan membela nasib mereka dengan menyediakan bantuan khas bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk.

"Rumah anak-anak saya juga hangus dan ada juga yang dipenuhi bekas tembakan. Peralatan rumah turut rosak," katanya.

"Rumah adik dan kakak saya hancur," luah pula Ajimain Mahmud, 35, yang masih trauma selepas ditampar dua kali oleh anggota militan semasa menceroboh kampung itu.

Mereka adalah antara 20 ketua keluarga yang dibawa masuk ke Kampung Tanjung Batu bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Petugas media yang turut dibawa bersama dapat melihat sendiri dengan jelas kemusnahan di kampung itu yang boleh diibarat umpama 'padang jarak padang terkukur'.

Sebaik melepasi papan tanda 'Selamat Datang ke Kampung Tanjung Batu' jelas kelihatan ribuan peluru dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan kawasan sekitar termasuk di perkarangan rumah dan kawasan semak samun.

Hampir setiap rumah berlubang, rosak, tidak lengkap dengan ada atap dan pagar rumah hancur. Penulis turut menemui kesan darah, pisau dan parang kecil di beberapa rumah serta kasut but hitam milik pengganas di satu daripada anak sungai.

Berhampiran lokasi itu, penulis menemui dua kenderaan jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger tersadai dan dipenuhi kesan tembakan. Kenderaan itu dipercayai dicuri penceroboh militan dan diguna ketika menyerang pasukan keselamatan.

Selain itu bau bangkai juga dapat dihidu, dipercayai daripada haiwan ternakan yang mati akibat kejadian itu. - Bernama

Lahad Datu : Kampung Tanjung Batu musnah

Dua penduduk kampung menadah tangan berdoa di depan rumah mereka yang musnah terbakar ketika dibawa meninjau kerosakan harta benda di kampung tersebut.

 Sebuah banglo dan kenderaan milik penduduk Kampung Tanjung Batu turut musnah akibat pertempuran baru-baru ini

 Salah sebuah rumah penduduk yang musnah terbakar akibat pertempuran antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat

Seorang penduduk berdoa ketika melihat kemusnahan yang telah berlaku


LAHAD DATU - Selepas 24 hari Op Daulat dilancarkan untuk memusnahkan kedudukan militan Kiram, akhirnya penduduk Kampung Tanjung Batu dibenarkan memasuki kawasan tersebut sambil ditemani oleh pasukan keselamatan.

Kedatangan penduduk ke kampung ini bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang dialami, namun beberapa kawasan kampung tersebut belum boleh dimasuki kerana masih berada dalam Zon Merah.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang, 72, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat kehancuran kampung yang didiaminya sejak tahun 1959 lagi.

Katanya, perasaan marah penduduk terhadap militan Kiram begitu meluap-luap kerana segala usaha dikerjakan selama ini musnah sekelip mata.

“Hari ini pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampung Tanjung Batu sejak pencerobohan bermula, saya rasa amat sedih dan marah.

“Dari 107 buah rumah, 70 peratus daripadanya musnah sama sekali dan semuanya ada kesan tembakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahmud yang memiliki dua buah rumah di sini berkata, kedua-dua rumahnya hancur, malah tiga kenderaannya turut rentung kesan daripada pertempuran yang meletus di kawasan tersebut.

“Kami sudah tiada apa-apa lagi. Kami kerugian ratusan ribu ringgit, namun kami reda dan yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menangani isu ini,” katanya.

Ditanya sama ada penduduk Kampung Tanjung Batu bersedia dipindahkan di kawasan baru seperti penduduk Kampung Tanduo, Mahmud berkata, penduduk mahu terus tinggal di kawasan tersebut.

“Apa pun, kami tetap mengikut arahan kerajaan.  Jika dibenarkan tinggal maka kami tinggal, jika tidak kami akan ikut (arahan kerajaan),” katanya.

Seorang lagi penduduk, John Dulahab, 62, berkata, rumahnya turut musnah namun tetap bersyukur kerana semua keluarganya selamat.

“Walaupun segalanya musnah, kami masih mahu tinggal di sini. Di kampung inilah tempat kami lahir, membesar dan kami mahu hembuskan nafas terakhir di sini,” katanya.

Menyelusuri Kampung Tanjung Batu, deretan rumah penuh dengan kesan tembakan dan bom, kesan daripada kekuatan ketenteraan negara dalam menghapuskan militan Kiram yang berkubu di kampung tersebut.

Malah, kelongsong peluru dan serpihan bom memenuhi setiap kiri kanan jalan menggerunkan perasaan sesiapa saja yang memasuki kampung itu.

Ketua Masyarakat Tanjung Labian, Assafal Alian, 43, berkata, dia tidak sabar untuk melihat pencerobohan ini berakhir dan militan Kiram dihalau terus dari bumi Sabah.

“Kami hilang punca pendapatan kerana pencerobohan ini. Kami tidak akan memaafkan mereka. Tanah Sabah aman, tetapi kehadiran mereka menukar segalanya,” katanya.

Kampung Tanjung Batu menjadi lokasi pertempuran pasukan keselamatan negara sejak 7 Mac lalu apabila beberapa militan Kiram berjaya meloloskan diri dari kepungan di Kampung Tanduo.

Sementara itu, Pejabat Daerah Lahad Datu berhasrat mahu menjadikan Kampung Tanduo pusat pelancongan bersejarah baru pada masa depan ekoran pencerobohan militan Kiram.

Pegawainya, Zulkifli Nasir berkata, insiden berdarah di Lahad Datu seharusnya dikenang buat selama-lamanya kerana isu ini melibatkan seluruh rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

“Ini cadangan kami, kami mahu bina satu monumen di Kampung Tanduo bagi memperingati insiden ini.

“Kami juga berhasrat supaya kawasan kampung ini dijadikan kawasan pelancongan yang baru selain menjadi pusat sejarah negeri,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh masa diperlukan bagi mengetahui kerosakan yang dialami Kampung Tanjung Batu, Zulkifli menegaskan masa yang diperlukan kira-kira tiga minggu lagi.

Katanya, penduduk kampung hanya dibenarkan masuk dan mendiami semula rumah mereka apabila pihak polis memberi lampu hijau.

Mengulas mengenai kemungkinan penduduk Kampung Tanjung Batu turut diberikan kawasan penempatan semula, Zulkifli berkata, ia adalah cadangan yang baik.

“Konsep yang akan digunakan adalah mini estet, di mana penduduk akan diberikan kawasan yang teratur dan senang dipantau.

“Ia juga memberi keselesaan kepada penduduk nanti,” katanya.

Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah musnah

Sebahagian penduduk Kampung Tanjung Labian berdoa memohon keselamatan kampung mereka terpelihara selepas melihat sendiri kampung mereka yang musnah akibat serangan

 Seorang penduduk Kampung Tanjung Labian Siti Aminah Haya, 21, menangis melihat rumahnya yang musnah terbakar akibat serangan kumpulan pengganas di sini. - Foto Bernama

 LAHAD DATU - Meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir adalah antara reaksi spontan 21 keluarga dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian, yang dibenarkan melawat rumah mereka hari ini.Mereka bersama pasukan keselamatan, penilaian dari Pegawai Daerah dan Majlis Keselamatan Negara dibenarkan meninjau selepas sebulan menjadi mangsa serangan pengganas dari selatan Filipina dengan berlindung di pusat pemindahan seliaan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Felda.

"Sakit hati tengok. Macam mana hendak masuk balik dan tinggal di sini dengan keadaan begini. Macam mana hendak bayar hutang yang masih banyak lagi itu!" kata Norhaya othman, 27, yang terus menangis sambil memeluk suaminya, Abdul Jabbar Bavotty, 39, ketika melawat Kampung Tanjung Labian.

Peniaga kedai runcit itu juga semakin sayu apabila menceritakan bahawa dua anaknya sering bertanya bilakah mereka sekeluarga boleh pulang ke rumah yang telah tiada itu.

Krisis pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu, telah menyebabkan 3,500 penduduk di sekitar gugusan Tanjung Labian dan Tanjung Batu melarikan diri ke pusat pemindahan dan rumah saudara, termasuk puluhan rumah dibakar dan rosakkan pengganas dalam pertempuran Operasi Daulat dengan pasukan keselamatan.

Seorang lagi penduduk, Siti Aminah Hiya, 21, tergamam kerana beliau langsung tidak percaya melihat rumahnya hangus serta kelengkapan perahu dan enjin bot miliknya hilang, sekali gus menjejaskan punca pencarian rezekinya di laut.

Katanya, sebelum kejadian, beliau baru sahaja membuat pinjaman bernilai
RM1,500 untuk kelengkapan perahunya dan kini beliau rungsing memikirkan bagaimana hendak membayar pinjaman itu.

Sambil terduduk dan seakan-akan tidak percaya melihat apa yang berlaku, beliau kemudian menangis dan terus menjauhkan diri dari media.

Seorang lagi penduduk yang tidak mahu dikenali, hanya mampu bersandar dan duduk di dalam keretanya kerana tidak sanggup melihat keadaan rumah dan kedai motosikalnya yang musnah dan rosak ekoran insiden itu.

Daripada tinjauan terdapat kira-kira 16 rumah di kampung Tanjung Batu perlu diperbaiki manakala 26 buah rumah lagi musnah sama sekali.

Taksiran akhir jumlah kerugian rumah dan harta benda kesemua penduduk kampung yang terlibat dijangka disiapkan pegawai daerah tidak lama lagi.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan. - Bernama

Di mana kami mahu tinggal selepas ini?

Dari kiri: Juhrah dan Betty tidak dapat menahan sedih 
apabila kediaman mereka musnah terbakar

LAHAD DATU - “Hanya kerajaan sahaja boleh bantu kami untuk mulakan hidup baru” kata Hiya Majidil, 71, apabila melihat rumah didiami  bersama 30 anggota keluarganya sejak 49 tahun lalu musnah akibat pencerobohan pengganas Kiram dari selatan Filipina.

Sinar Harian difahamkan, rumah Hiya antara empat rumah terawal yang dibakar pengganas yang berang kerana penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu enggan bersekongkol dengan mereka.

Katanya, pada 1 Mac lalu, ketika pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas di Kampung Tanduo,  mereka sekeluarga melarikan diri sehelai sepinggang.

“Apa kami fikir cuma mahu selamat....kami tak sempat nak bawa apa-apa.  Kami kemudiannya ditempatkan di  pusat pemindahan sementara  sehinggalah hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hiya antara 100 penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang dibawa masuk untuk melihat kediaman masing-masing selepas 26 hari Op Daulat dilancarkan.
Kesedihan Hiya turut dikongsi anak perempuannya, Siti Aminah, 21, yang  tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat rumahnya musnah.

Siti Aminah menangis teresak-esak sambil bertanya, "Di mana kami nak tinggal selepas ini?"
“Apa lagi yang tinggal untuk kami? Semuannya sudah hancur,” katanya sambil ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu  jiran kedua beranak ini, Juhrah Jowak, 48, turut mengalami nasib yang sama apabila rumah mereka turut musnah dibakar pengganas.

Menurutnya, ketika dia melarikan diri bersama keluarganya, rumahnya masih elok lagi dan apa yang dilihatnya semalam sememangnya tidak diduga sama sekali.

“Saya ingatkan rumah saya masih elok.... tetapi lihatlah apa yang sudah terjadi.... bukan saja rumah, malah kebun kami juga turut musnah,” katanya.

Selain Juhrah, adiknya Betty Jowak, 39, dan jirannya Suraidah Omar, 33, juga turut menerima nasib serupa.

Suraidah berkata, dia mengharapkan supaya kerajaan membantu menyediakan kediaman baru buat penduduk yang rumah mereka musnah dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas.
Sumber: Sinar Harian

RAHSIA Dan Perancangan Pengganas Sulu Semakin Jelas Dengan Penangkapan Komander KIRAM III





Datu Amirbahar Hushin Kiram ketika ditangkap

Datu Amirbahar Hushin Kiram


Sharing Is Caring.... Penemuan ini telah dibongkarkan oleh portal berita Agenda Daily seperti di bawah ini :
MENGEJUTKAN… dalam dok godek2 facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, Agendadaily terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram.
Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu. Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Sulu’ ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.
Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.
Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.
 Datu Amirbahar Hushin Kiram sedang memberi taklimat

Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.
Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.
Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.
Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.
Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.
Mereka-mereka yang hadir mendengar taklimat Datu Amirbahar Hushin Kiram
Untuk rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.
Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.
Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.
Ada juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.
Kerajaan Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan pencerobohan Lahad Datu.
Facebook yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan Kiram, dan dari semakan Agendadaily, ada juga yang tulis menetap di Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.
  
 Tidak banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.
Amir Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu…
Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan AmirBahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis termasuk penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.
Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari kampung
Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.
Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.
Esmail,yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November tahun lepas.
Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.
Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.
Haji Kaluang, ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.
Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna.” 
-Agendadaily.com

ABRAHAM INDJIRANI KIRIM 500RIBU USD KEPADA ADIKNYA DI KUNAK, SABAH?


Siapa Dia ni ABRAHAM INDJIRANI ??
Abraham adalah Jurucakap kepada Sultan Kiram yang Palsu
Dialah Paling Lantang Mengkritik Pasukan Keselamatan dan Negara Kita
termasuk kenyataan terbaru, Abraham sedang menyiapkan Kertas Tuntutan untuk menyaman kerajaan Malaysia Sebanyak 77.8 Biliion di Makhamah Keadilan Antarabangsa ICJ
Apa yang mengejutkan, kalau si Jamalul Kiram ini pun Miskin sampai Dialisis pun Kerajaan Tanggung
tak akan Jurucakap Sultan Palsu Kiram ni pula seorang yang Kaya????
Menurut sumber rapat KP, Abraham ada mengirimkan sejumlah wang yang sangat banyak kepada Adiknya yang dikenali sebagai Nasir Idjirani di Sabah melalui "Money Transfer" TML Kunak beberapa Bulan sebelum Krisis Lahad Datu Bermula.
KP harap sangat dengan pendedahan ini, Pihak Berkuasa dapat Menyiasat pengeluaran/pengiriman wang yang sangat banyak di TML Kunak Sabah beberapa bulan sebelum krisis Lahad Datu Bermula, untuk mengesahkan dakwaan dan maklumat yang KP terima ini, dan mungkin maklumat ini dapat membantu serba sedikit untuk kita ketahui siapa dalang di belakang Pengganas Kiram ini!!

Sumber maklumat asal: http://kerisputera.blogspot.com/2013/03/abraham-indjirani-kirim-500ribu-usd-di.html

Gambar-gambar Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman



























Lahad Datu: Lelaki Bergelar Datuk Seri Dicari Bantu Kes Op Daulat

 
Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.
Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.
Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.
Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - BERNAMA

HAMPIR DISEMBELIH JENERAL MUSA

Ajmain Mahmud, 35

Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

“Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup,” kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

“Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna hingga menyebabkan beberapa pengikutnya mati dan ditangkap,” katanya.

Arwah Jeneral Musa

Menurut Ajmain, ketika itu Jeneral Musa diiringi kira-kira 50 pengikutnya yang mengarahkan dia dan penduduk lain berkumpul di satu tempat.

“Ketika itu kira-kira jam 9 pagi, saya berasa sangat takut,” katanya.

Ajmain berkata, selain diacu parang, dia juga ditempeleng beberapa kali oleh Jeneral Musa.

“Saya hanya mampu berdoa, tiba-tiba ada seorang dari mereka menghalang Jeneral Musa dari membunuh saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengganas Kiram turut membuat dua sekatan bagi menghalang penduduk Kampung Tanjung Batu keluar dari kawasan terbabit.

“Kami berjaya melepaskan diri apabila pengganas benarkan kami keluar. Ada juga berjaya keluar apabila pengganas beri wang untuk membeli barang-barang makanan,” katanya.

Saturday 30 March 2013

Pengganas Sulu tidak tahu mengucap

MAYAT seorang pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu

SEMPORNA – Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Tanda Raja Lanun Kiram III Telah Mati

Esmail Kiram II akan gembira kerana dia pula akan istiharkan dirinya sebagai Setan Sulu

Friday 29 March 2013

Tanda Raja Lanun Kiram III Nazak Atau Tanda Akhir


Akan berlaku keadaan di mana Raja Lanun Kiram III  akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah Raja Lanun Kiram III terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput beliau kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan beliau dan sekarang akan mematikan pula.

*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Tanda 1 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana Raja Lanun Kiram III akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan beliau tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda 3 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III


Pada ketika ini Raja Lanun Kiram III akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi beliau iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah Raja Lanun Kiram III selepas itu supaya perut beliau tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan beliau nanti.

Ketika ini juga mata hitam Raja Lanun Kiram III tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Tanda 7 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada Raja Lanun Kiram III yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: