Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Saturday 16 March 2013
DOA BUAT PERWIRA
Warga kerja Kontinjen Selangor bersama-sama masyarakat setempat telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil kepada wira negara yang terkorban dalam Op Daulat di Sabah, di Surau Khalid Al Walid, Shah Alam, kelmarin.
Turut berlangsung, penyerahan sumbangan peribadi daripada Dato Sri Mustafa Bin Ali dari Persatuan Asia Profesional Security Assocition Malaysia Capter (APSA) kepada keluarga Allahyarham ACP Ibrahim b. Lebar dan Kpl Mohd Azrul b. Tukiran.
Selain warga kerja IPK Selangor, majlis turut dihadiri oleh SAC Mohd Adnan b. Abdullah Pengerusi Surau Khalid Al Walid serta Ahli Jawatankuasa Surau dan Qariah Sekyen. 8 dan 9.
No comments:
Post a Comment