GEMPAR!!! ~ Azzumudie Kiram, Teloqnya Telah Terperosok Kedalam
Pihak
berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh
pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu
dipercayai melarikan diri ke Filipina.
Gerakan
ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di
Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh
itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram,
meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
Perkara
itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan
Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota
Kinabalu, Sabah, Jumaat malam.
Semalam
seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan
penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di
beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.
Seramai
lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju
dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis,
Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut
militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.
No comments:
Post a Comment