Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Saturday 23 March 2013
KECEDERAAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT L/KPL MOHD ZARIMAN UNTUK TERUS BERJUANG
Kota Baharu, 22 Mac - "Saya berazam untuk kembali ke kawasan Operasi Daulat selepas sembuh nanti," kata L/Kpl Mohd Zariman Ibrahim yang cedera ketika bertempur dengan militan dari selatan Filipina di Sungai Nyamuk di Lahad Datu, Sabah 10 Mac lepas.
Mohd Zariman, 31, dari Batalion ke-12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dari Sabah pada 4 petang tadi.
Ketibaan beliau yang diiringi bapa, Ibrahim Abdullah, 55, dan ibu, Noraini Mohamad, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut kira-kira 500 orang yang memenuhi kawasan lapangan terbang itu sambil lagu patriotik dimainkan pasukan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.
Mohd Zariman yang dibawa dengan kerusi roda turut diiringi beberapa rakan sepasukannya yang diketuai Pegawai Pemerintah Batalion itu Supt Syar'ie Saari dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.
Mohd Zariman berkata kejadian serangan hendap musuh seawal 3 pagi itu, turut menyebabkan seorang rakannya cedera.
Beliau yang berpangkalan di Kem PGA Miri, Sarawak lebih dua tahun lepas cedera parah terkena serpihan peluru di paha dan kaki kanan, akan menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia.
"Kecederaan yang saya alami semasa bertugas itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara," kata anggota polis yang masih bujang itu.
Sementara itu ibu Mohd Zariman berkata beliau akan mengadakan majlis kesyukuran untuk anaknya itu esok. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment