KLANG, 11 Mac - Keluarga Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, yang terbunuh dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul,
Semporna, Sabah, pada 2 Mac lepas, dijadikan keluarga angkat Persatuan
Jaksa Pendamai Selangor.
Presidennya Datuk Mokhtar Dahlan berkata sebagai keluarga angkat, pihaknya akan menziarahi keluarga Allahyarham secara berjadual.
Beliau mengumumkan demikian selepas majlis tahlil untuk Allahyarham di
kediaman keluarganya di Kampung Rantau Rantau, di sini, malam ini.
Mohd Azrul, 27, dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Sabah, adalah
antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan
hendap anggota kumpulan bersenjata di perkampungan air itu.
Allahyarham merupakan anak keenam dari tujuh beradik dan bapanya Tukiran Ahmad, 65, merupakan seorang bekas askar. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment