Putrajaya, 5 Mac - Sejak pencerobohan oleh
kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil
pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan
penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa
bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari
Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis
yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh,
sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di
Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan
bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak
berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang
cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik
scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad
Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita
diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan
keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang
dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah
melancarkan serangan di Kampung Tanduo. - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment