Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,
SAC Mohd Adnan bin Abdullah
Polis
Selangor berjaya menyelesaikan kes curi kenderaan jenis Mazda 6 milik
seorang pegawai Imigresen yang dilaporkan hilang di LCCT , Sepang ,
Selangor pada 10 Mac lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohd Adnan bin Abdullah berkata, pihak
polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang digunakan
semasa kejadian tersebut.
SHAH
ALAM, 18 Mac – Seorang Penjawat Awam terpaksa berputih mata kerana
kereta miliknya jenis Mazda yang diletakkan di tempat letak kereta
dilarikan dalam kejadian yang berlaku pada 10 Mac lalu.
Semasa kejadian berlaku, mangsa dikatakan telah
kehilangan seluar pendek di tandas awam di balai berlepas LCCT yang
mengandungi telefon bimbit, kad kuasa, kunci kereta Mazda dan juga kad
Touch N Go.
Dalam sidang media yang dijalankan, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohd Adnan
bin Abdullah berkata pihak polis berjaya menahan tiga lelaki yang
dipercayai terlibat dalam kes yang disiasat. Ke semua suspek ditahan di
beberapa lokasi berasingan bermula Jumaat lalu sehingga pagi tadi.
Selain itu, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota
Vios yang digunakan semasa kejadian tersebut, satu cover kad lambang
JPJ, dua jenis telefon bimbit, kad Touch N Go dan kunci kereta kawalan
jauh yang berlogo Mazda.
Dengan tertangkapnya tiga lelaki
tersebut, kami percaya telah berjaya menyelesaikan kes kecurian
kenderaan milik mangsa dan sehingga kini ketiga-tiga suspek ditahan
reman bagi membatu siasatan selanjutnya dan kes disiasat di bawah
seksyen 379 A Kanun Keseksaan’, katanya.
No comments:
Post a Comment