Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Friday 15 March 2013
LAPAN RAKYAT ASING MENAIKI BOT LAJU DITAHAN DI SUNGAI BILIS - HAMZA
Lahad Datu, 15 Mac - Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, di sini tengah malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong.
"Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi.
"Jika perlu kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Beliau berkata sehingga 5 petang ini, 97 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 233 orang ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.
Pasukan keselamatan juga menembak mati 61 musuh dan 27 daripada mayat pengganas itu telah dibawa keluar dari zon merah.
Hamza berkata Operasi Daulat, yang memasuki hari ke-11, kini bertumpu di Tanjung Batu manakala kawasan di Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk telah dibersihkan.
"Kami percaya pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata dalam tempoh 48 jam sehingga 5 petang ini tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment