Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Saturday 23 March 2013
LAWATAN MENGEJUT TIMBALAN KPN KE MARTEK/KOMTEK PGA
FELDA SAHABAT 16, 21 Mac – Prihatin terhadap kebajikan dan kemudahanan petugas-petugas keselamatan di Lahad Datu,Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama SAC Dato’ Tan Kok Liang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah telah ‘turun padang’ di sekitar MARTEK OPS Daulat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am di Dewan Semaii Bakti, Desa Kencana dan KOMTEK OPS Daulat Briged Sabah Pasukan Gerakan Am untuk meninjau keadaan semasa anggota-anggota petugas.
“Kami amat berbangga dan mengucapkan penghargaan di atas keperihatinan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan PDRM”, ujar salah anggota Pasukan Gerakan Am yang ditemui di sini ketika lawatan mengejut Timbalan Ketua Polis Negara.
No comments:
Post a Comment