KL: PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS
mendoakan Allahyarham memperoleh ganjaran setimpal dari Allah atas tugas
mulia mempertahankan negara.
"Saya merakamkan takziah kepada
keluarga seorang tentera Malaysia yang menjadi korban terbaru di Sabah
dalam insiden tembak menembak pagi tadi.
"Saya dimaklumkan Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa.
"Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada
Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara," katanya
yang juga Menteri Besar Kelantan melalui Facebook petang ini.
Seorang lagi wira Malaysia terkorban di Lahad Datu. Takziah buat
keluarga Prebet Mohd Hurairah dari Kelantan yang bertugas di Kem Kukusan
Tawau, Sabah. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang
beriman. Dalam insiden pagi tadi, Mohd Hurairah yang berasal
dari Kelantan dan bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah terkorban ketika
bertempur dengan penceroboh di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di
sini.
Dalam pertempuran itu juga, tiga orang penceroboh turut ditembak mati
oleh pasukan keselamatan Malaysia. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri
Zulkifeli Mohd Zin berkata,
pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku
pada 10.45 pagi. Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan
diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu
mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku
pertempuran.
Korban terbaru hari ini menjadikan jumlah
keseluruhan anggota keselamatan yang terkorban seramai sembilan orang
dipihak penceroboh seramai 57 orang. Allahyarham Prebet Mohd Hurairah
merupakan anggota tentera pertama yang terkorban dalam insiden
pencerobohan di Sabah.(Hrkh)
No comments:
Post a Comment