SK Sahabat 16
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsuddin Mat berkata lima sekolah yang dibuka di Lahad Datu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
"Hanya tiga sekolah di Lahad Datu yang belum dibuka iaitu SK Lok Buani, SK Fajar Harapan dan SK Tanjung Labian kerana berada dalam kawasan zon merah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Di Semporna, keadaan sama berlaku di SK Simunul apabila hanya kira-kira 200 murid hadir pada sesi pagi hari ini.
Guru Besar sekolah Sarudah Arun berkata SK Simunul yang melaksanakan persekolahan dua sesi mempunyai 1,321 murid.
Sekolah itu ditutup 4 Mac berikutan kejadian serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas yang mengorbankan enam anggota polis dan enam penceroboh militan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment