Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Tuesday 19 March 2013
Masyarakat Suluk Sabah Menolak Sekeras-kerasnya Pencerobohan Ke Atas Lahad Datu
Majoriti orang Suluk di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Raja Lanun Jamalul Kiram III yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Suluk di Sabah.
Kesetiaan orang Suluk yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Suluk turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Raja Lanun Jamalul Kiram III yang bersenjatakan M16 di Semporna baru-baru ini.
Kebanyakan orang Suluk sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Raja Lanun Jamalul Kiram III dan keluarganya.
No comments:
Post a Comment