Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Tuesday 19 March 2013
OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA - 19 MAC 2013 (10.30AM)
FELDA SAHABAT, 19 MAC 2013 JAM 10.30 PAGI, OP DAULAT : SIDANG MEDIA YDH PESURUHJAYA POLIS SABAH
Keadaan keselamatan di daerah Lahad Datu selamat dan terkawal.
Operasi pembersihan di kawasan Tanjung Batu masih lagi diteruskan manakala bagi kawasan Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk, operasi pembersihan telah selesai dijalankan.
Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah SOSMA 2012 adalah seramai 104 tangkapan manakala tangkapan di bawah Akta Imigresen seramai 245 orang. Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 28 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 62 orang. Jumlah yang meninggal dari pasukan keselamatan adalah seramai 9 orang manakala jumlah kecederaan adalah seramai 9 orang.
No comments:
Post a Comment