Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung
Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi
dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.
Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi
dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan
penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan
suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah
ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.
No comments:
Post a Comment