Tuesday 12 March 2013

OP DAULAT: TPM TURUN PADANG

Bertempat di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan mendapat perhatian daripada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM). Dalam rangka lawatan tersebut, YAB TPM terlebih dahulu mendengar taklimat Op Daulat daripada Ketua Polis Negara (KPN) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) berkaitan status terkini Op Daulat. Selepas itu, beliau berkesempatan melawat pusat penempatan pasukan keselamatan di Dewan Desa Kencana. Beliau turut melakukan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana sebelum melawat penduduk yang terpaksa berpindah ke penempatan sementara di Dewan Serbaguna Cenderawasih

No comments:

Post a Comment