Putrajaya, 11 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Jan 2013, kerajaan
bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan
Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.
Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam
kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan
atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok
gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam
Am," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di
sini.
Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong
Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan
dengan gred jawatan 44.
Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan
Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan
dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong
Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred
52.
"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan
kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam
Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara
perkhidmatan," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment