Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Saturday 9 March 2013
PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN MILIKI SENJATA API DI MELAKA
Melaka, 9 Mac - Sepasang suami isteri ditahan selepas memiliki selaras senjata api di sekitar Jalan Tun Ali berhampiran Pejabat Umno Melaka di sini.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata lelaki berusia 60-an yang memiliki senapang patah bersama isterinya itu ditahan anggota polis di kawasan berkenaan bagi tujuan keselamatan kira-kira 11.15 pagi tadi.
"Kita sedang melakukan siasatan berhubung kehadiran mereka di kawasan ini dan kenapa dia membawa senjata," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Ketika kejadian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan ke Melaka sedang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian persefahaman bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) negeri Melaka dan mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) negeri Melaka di bangunan tersebut.
Chuah bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.
"Setelah siasatan, jika kita dapati mereka tidak terlibat dengan apa-apa (jenayah), polis akan lepaskan mereka," katanya.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment