Kuala Lumpur, 9 Mac - Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil
keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.
"Dalam
kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di
mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis
adalah keterangan yang tidak jelas.
"Jadi, keterangan itu
tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita
selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi Jenayah' di Kuchai Lama/
hari ini.
Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi
keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu
'konspirasi politik jahat' untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.
Akhbar semalam melaporkan Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya
sebelum ini bahawa beliau pernah diliwat Anwar, sekali gus menolak
dakwaan Azlan kononnya pertuduhan terhadap Anwar itu adalah satu fitnah.
Mohd Saiful Bukhari berkata beliau percaya isu itu sengaja ditimbulkan
bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu 'pengkhianat negara'
berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment