Saturday 23 March 2013

POLIS INGATKAN ANGGOTA SRS TIDAK BERTINDAK IKUT EMOSI TANGKAP PENJENAYAH


Kota Baharu, 22 Mac - Polis Kelantan menasihatkan orang ramai terutama yang terlibat dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT), supaya tidak bertindak sewenang-wenangnya atau mengikut emosi ketika membuat tangkapan mencegah jenayah di kawasan masing-masing.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata tindakan terburu-buru masyarakat sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian seseorang suspek akan mendedahkan mereka kepada tindakan undang-undang.

"Masyarakat atau anggota SRS perlu menyerahkan setiap tangkapan kes jenayah kepada polis untuk menjalankan siasatan atau tindakan lanjut dan tidak boleh bertindak sendiri," katanya kepada pemberita selepas pelancaran SRS Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kubang Badak di sini, hari ini.

Mazlan berkata setiap tangkapan yang dilakukan orang awam atau anggota SRS mesti dilaporkan segera kepada polis. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment