Semporna, 15 Mac - Dua lelaki disyaki tali
barut pengganas militan ditahan dalam operasi sepasukan polis Cawangan
Khas Bukit Aman di pekan Semporna, malam tadi.
Ketua Polis
Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam serbuan
pada 8 malam itu dua lelaki berumur lingkungan 40-an ditahan selepas
polis menerima maklumat awam.
"Kami menahan dua lelaki itu kerana disyaki menjadi tali barut kepada
pengganas, dan kami akan soal siasat mereka untuk mendapatkan maklumat
lebih lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan sama ada lelaki yang
dipercayai rakyat asing itu mempunyai kaitan atau tidak dengan serangan
hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas.
Ditanya mengenai
dakwaan penduduk tempatan berhubung ramai pendatang asing meninggalkan
pekan Semporna, Mohd Firdaus berkata perkara itu akan disiasat bagi
memastikan tiada anggota pengganas yang meloloskan diri dari pekan itu.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment