Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Saturday 16 March 2013
SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN DARIPADA PELAJAR SM LA SALLE TG ARU
Kota Kinabalu,15 Mac 2013 - Di atas keprihatinan dan semangat patriotik yang ada dalam diri setiap pelajar SM La Salle Tg Aru, mereka telah mengadakan kutipan derma untuk menyumbang kepada Tabung Wira Lahad Datu.
Sumbangan telah diserahkan oleh Adik Eddy Limbang Jr selaku Ketua Menteri Kelab Parlimen SM La Salle Tg Aru kepada SAC Noor Azam Bin Jamaludin, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah.
Rombongan sekolah SM La Salle,Tg Aru turut diiringi oleh Pn. Julia Willie Jock bersama dua guru sekolah tersebut.
No comments:
Post a Comment