PDRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa video
seorang lelaki dipotong jari dan kemudian disembelih yang kini tersebar
secara viral dalam youtube dan media sosial adalah BUKAN anggota
pasukan keselamatan Malaysia. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak
mudah terpengaruh dengan berita yang tidak tepat tersebut.
PDRM juga ingin menegaskan bahawa gambar mayat yang telah hancur
seperti dipaparkan oleh sebuah akhbar dan mengaitkannya dengan anggota
pasukan keselamatan dalam Op Daulat adalah BUKAN mayat anggota polis
yang berkaitan. Gambar seperti itu adalah MUSTAHIL didapati oleh pihak
media kerana tiada wartawan berada dalam kawasan operasi semasa
kejadian. Gambar seperti dipaparkan oleh akhbar tersebut boleh
mengganggu emosi dan situasi ahli keluarga dan sahabat handai wira yang
gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment