Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Tuesday 12 March 2013
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Yang Gugur Dalam Operasi Daulat
~ Istana Negara
dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan
Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku
Hajah Haminah binti Haji Hamidun menzahirkan ucapan takziah kepada
keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah. Seri Paduka Baginda amat
berdukacita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan agar
rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Seri Paduka Baginda berharap agar
keluarga Allahyarham sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian ini.
No comments:
Post a Comment