Kisah Lanun Iman Tua Naik Minyak di Semporna, Sabah
ANGGOTA
polis menitiskan air mata menyambut rakan seperjuangan yang tiba di
Markas Polis Marin Batu Ubang, Pulau Pinang selepas menyertai Op Daulat
di Lahad Datu
“Saya
lihat sendiri bagaimana pengganas digelar imam itu menetak tangan
seorang anggota polis berkali-kali walaupun badannya ditembak
bertalu-talu anggota keselamatan.
“Bot
yang kami naiki juga menjadi sasaran peluru kumpulan pengganas sehingga
kami tidak boleh menghampiri tempat kejadian untuk membantu rakan
lain,” kata anggota polis marin, Koperal Kuan Gin Ching, 35,
menceritakan pengalamannya ketika menyertai Op Daulat di Semporna,
Sabah.
Menurutnya, dia bersama beberapa anggota dari Unit Gempur
Marin (UNGERIN) ditugaskan untuk mengawal pesisir pantai dengan menaiki
bot di Kampung Simunul, Semporna beberapa hari selepas insiden serangan
hendap yang mengorbankan enam anggota polis.
Katanya, ketika
membuat rondaan dia tiba-tiba mendengar bunyi tembakan dan mendapati
pasukan polis sedang berbalas tembakan dengan beberapa pengganas, namun
ketika pasukannya cuba menghampiri perkampungan air itu mereka turut
dihujani peluru.
“Saya dapat melihat imam itu bagaikan dirasuk
dan menetak tangan anggota polis menggunakan barong walaupun ketika itu
dia ditembak bertalu-talu.
No comments:
Post a Comment