
Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Wednesday, 3 April 2013
LAHAD DATU : SEORANG LAGI DATO SERI DI CARI POLIS
LAHAD DATU 3 April - Polis hari ini mengumumkan sedang mencari seorang lagi lelaki yang bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali yang dipercayai ada hubungan dengan Kesultanan Sulu.
Katanya, suspek warganegara Malaysia itu yang berusia 57 tahun dipercayai dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes yang berkaitan dengan Ops Daulat.
"Pihak polis berharap beliau dapat menyerah diri di balai polis berdekatan dengan segera bagi membantu siasatan Ops Daulat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu tersebut boleh menghubungi pihak polis untuk menyalurkan maklumat.
Kok Liang berkata, alamat terakhir individu itu adalah di Nombor 55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah
No comments:
Post a Comment