Besut, 8 Mac - Balu ASP Zulkifli Mamat, polis
komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan
penceroboh di Lahad Datu, Sabah, Jumaat lepas, menerima surat takziah
daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Surat itu disampaikan oleh Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa kepada Noraziah Nor, 29, di rumah keluarga Allahyarham Zulkifli di Kampung Kubang Ikan, di sini.
"Tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan setinggi-tinggi terima
kasih atas ingatan Perdana Menteri yang sudi menyampaikan surat takziah.
"Jasa Perdana Menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) termasuk
kerajaan tidak akan saya lupakan. Apa yang pasti akan dikenang oleh
anak-anak saya apabila mereka dewasa kelak," kata Noraziah kepada
pemberita selepas majlis ringkas itu.
Penyerahan surat yang
ditandatangani Perdana Menteri itu turut disaksikan ibu Allahyarham,
Khatijah Ismail, 64 dan abang sulung Zulkifli, Zaidi Mohamed.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria dan
Timbalannya DSP Noorzainy Mohd Noor serta pegawai-pegawai kanan polis
dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.
Pada majlis itu juga Jamshah menyampaikan sumbangan derma daripada warga Polis Kontinjen Terengganu.
Mengulas mengenai surat takziah itu, Jamshah berkata beliau diarah
menyampaikan surat berkenaan kepada balu Allahyarham sebagai tanda
ingatan kerajaan terhadap pengorbanan Zulkifli mempertahankan kedaulatan
negara.
"Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri amat
mementingkan kebajikan setiap anggota keselamatan yang berkorban untuk
mempertahankan negara," katanya.
Pada masa sama beliau meminta
mana-mana pihak di negeri itu yang ingin menyumbang kepada keluarga
Allahyarham agar menyalurkannya menerusi Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Terengganu. - BERNAMA
Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Showing posts with label BALU ZULKIFLI SAYU TERIMA SURAT TAKZIAH DARIPADA PM. Show all posts
Showing posts with label BALU ZULKIFLI SAYU TERIMA SURAT TAKZIAH DARIPADA PM. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kpl 1124833 Khairul Anuar






Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)







































