KUALA LUMPUR, 4 Mac - Jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul,
Semporna, tiba dan dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing hari
ini.
Jenazah Supt Ibrahim Lebar, 52, dan jenazah L/Kpl
Mohd Azrul Tukiran, 27, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) Subang pada pukul 6.35 petang.
Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM itu apabila anggota keluarga
tidak dapat mengawal kesedihan melihat ketibaan jenazah yang dibawa
dengan pesawat tentera C-130 itu.
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir
bersama-sama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta
ratusan pegawai dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir
kepada dua wira negara itu.
Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ibrahim dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrul dari Pasukan
Gerakan Am (PGA) Tawau ialah antara enam pegawai dan anggota polis yang
terkorban dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan bersenjata di
perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas.
Empat lagi yang terkorban ialah ASP Michael Padel dari Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Semporna, Sjn Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Sabah, Sjn Abd Azis Sarikun dari PGA Tawau dan Kpl
Salam Tongiran (IPD Tawau).
Jenazah Ibrahim dibawa ke
kediamannya di No.45 Jln USJ 9/5F Subang Jaya dan dikebumikan di tanah
perkuburan USJ 22, Subang Jaya malam ini manakala jenazah Mohd Azrul
dibawa ke kediaman keluarganya di Lot.6278/2461 Jalan Telok Kapas,
Kampung Rantau Panjang, Klang untuk dikebumikan malam ini.
Perkarangan pangkalan TUDM dibanjiri anggota keluarga pegawai dan anggota polis itu sejak jam 4.30 petang.
Di KUCHING, mayat mendiang ASP Michael Padel Sano tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pada pukul 5.30 petang.
Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu
ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang
Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Mayat mendiang dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tembakang di Serian dan
akan dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak di Kuching pada Rabu.
Di KOTA KINABALU, jenazah Baharin tiba di Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 2 petang.
Di SEMPORNA, jenazah Abd Azis yang tiba dengan van jenazah di Surau IPD
Semporna pada pukul 9.30 pagi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya di sini selepas solat Zohor.
Jenazah Salam pula disembahyangkan di Surau IPD Tawau dan dikebumikan
di Tanah perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas Tawau, Sabah pada pukul
10.15 pagi ini. - BERNAMA
Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Showing posts with label JENAZAH WIRA NEGARA TIBA DAN SELAMAT DIKEBUMIKAN. Show all posts
Showing posts with label JENAZAH WIRA NEGARA TIBA DAN SELAMAT DIKEBUMIKAN. Show all posts
Monday, 4 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kpl 1124833 Khairul Anuar






Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)








































