Lahad Datu, 4 Mac -Moral pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan rakyat Sabah kekal berada di tahap
yang tinggi walaupun lapan anggota pasukan keselamatan itu terkorban
dalam insiden pencerobohan Kampung Tanduo, di sini dan di Semporna.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata insiden pertempuran di Kampung Tanduo,
di sini Jumaat lepas dan serangan hendap terhadap anggota polis di
Semporna pada Sabtu tidak mampu melemahkan semangat pasukan dan anggota
PDRM dalam menjamin keamanan dikekalkan di negeri itu.
"Mereka kini berada di tahap moral yang tinggi selepas mendengar rakan
mereka gugur dalam menghadapi perkara itu," katanya kepada pemberita
pada sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Ismail berkata faktor lain yang menaikkan moral pasukannya ialah
kejayaan operasi mereka yang menyebabkan 19 orang anggota kumpulan
penceroboh terbunuh.
Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang
daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando
VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.
Di Semporna, enam
anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap
sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu lepas.
Sementara itu, Zulkifeli berkata beliau mengarahkan satu kompeni untuk
mengukuhkan kedudukan anggota pasukan dalam menjaga keamanan di daerah
Kunak.
Kehadiran tentera itu untuk membantu polis menjaga ketenteraman di kawasan berkenaan, katanya.
-- BERNAMA
Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Showing posts with label MORAL PASUKAN POLIS TINGGI - KETUA POLIS NEGARA. Show all posts
Showing posts with label MORAL PASUKAN POLIS TINGGI - KETUA POLIS NEGARA. Show all posts
Monday, 4 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kpl 1124833 Khairul Anuar






Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)








































