Lahad Datu, 11 Mac - Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh sejak sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.
Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.
Semalam seorang penceroboh ditembak
mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas yang mati
setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit
dengan pengganas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri
Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22
mayat pengganas telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk
bedah siasat.
Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar
mayat-mayat pengganas itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang
mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.
Ditanya mengenai
laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang
mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan
keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.
"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.
Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.
"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis
diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.
Beliau berkata kejadian semalam yang menyebabkan seorang lelaki cedera
dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi
sasaran pasukan keselamatan.
"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya.- BERNAMA
Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Showing posts with label OP DAULAT: KAMPUNG TANDUO KINI BERSIH. Show all posts
Showing posts with label OP DAULAT: KAMPUNG TANDUO KINI BERSIH. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kpl 1124833 Khairul Anuar






Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)








































