Kuala Lumpur, 10 Mac - Penduduk di Lahad Datu,
Sabah hari ini terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati
kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak
berkuasa.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penduduk
diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan
negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.
"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau
hampiri kawasan terlibat ini. Selain itu jika ada berita yang disebarkan
pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran,
sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan untuk memastikan
keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya ketika
dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara
langsung di TV3, pagi ini.
Op Daulat yang dilancar bagi
memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki
hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam
operasi itu.
Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas,
lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran
di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di
Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA
Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Showing posts with label OP DAULAT: PENDUDUK LAHAD DATU TERUS DIINGATKAN JAUHI KAWASAN OPERASI. Show all posts
Showing posts with label OP DAULAT: PENDUDUK LAHAD DATU TERUS DIINGATKAN JAUHI KAWASAN OPERASI. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kpl 1124833 Khairul Anuar






Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)








































