Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Showing posts with label Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada hari ini 3 April 2013. Show all posts
Showing posts with label Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada hari ini 3 April 2013. Show all posts
Tuesday, 2 April 2013
Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada hari ini 3 April 2013
KUALA LUMPUR, 3 April — Walaupun Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dan dipercayai akan diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh negeri-negeri lain pada hari ini dan esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih memerlukan masa untuk bersiap sedia sebelum mengadakan pilihan raya.
Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, badan penggendali pilihan raya itu perlu terlebih dahulu dimaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran Dewan Rakyat dan DUN.
“Selepas pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, SPR kena tunggu surat-surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat dan speaker-speaker DUN untuk memastikan Dewan Rakyat dan DUN sudah dibubarkan secara sah,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
“Selepas menerima semua surat-surat itu, SPR akan memanggil semua anggota Suruhanjaya untuk bermesyuarat bagi menentukan bila tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi,” tambah beliau lagi.
Menurut Abdul Aziz, terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pilihan raya boleh diadakan.
“SPR juga perlukan masa untuk persediaan, banyak paper perlu disiapkan,” katanya.
Najib pada jam 11.30 pagi tadi bersama timbalannya disaksikan oleh kesemua anggota kabinetnya mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat melalui ucapan secara langsung distesen televisyen nasional.
Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974.
SPR akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran Dewan Rakyat dan setiap DUN yang masih belum dibubarkan.
Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kpl 1124833 Khairul Anuar






Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)








































