Kuala Terengganu, 6 Feb - Kira-kira 300
pegawai dan anggota polis Terengganu mengadakan solat hajat hari ini,
mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan yang
terbabit Op Daulat di Sabah.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata solat hajat juga akan dianjur semua surau ibu pejabat polis daerah di negeri itu.
"Kita harap tidak berlaku lagi pertumpahan darah terutama dalam
kalangan anggota keselamatan," katanya kepada pemberita selepas majlis
itu, di sini.
Katanya Polis Kontinjen Terengganu menghantar
seorang pegawai dan empat anggota ke Lahad Datu kelmarin, sebagai
bantuan kepada pasukan di sana. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment