Friday 8 March 2013

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA OPS DAULAT

BUKIT AMAN, 7 Mac – Bagi mendoakan perjuangan wira-wira negara yang telah gugur dan masih bertempur di dalam Op Daulat di Lahad Datu, satu majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat telah diadakan di Masjid Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Badan-badan NGO serta pegawai dan anggota Polis.

No comments:

Post a Comment