Op Daulat masih lagi diteruskan di dua kawasan
operasi iaitu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Labian. Sejak
petang semalam hingga ke saat ini, pasukan keselamatan terus mara ke kawasan-kawasan tertentu. Nasihat kepada orang ramai agar tidak mendekati dan memasuki ke kawasan-kawasan tersebut.
Setakat ini, saya berpuas hati dan berterima kasih kepada orang ramai
kerana memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan.
Dimaklumkan terdapat sebaran melalui sms dan media sosial pada 6 Mac
2013 berkaitan kemasukan 700 orang di kota kinabalu dan 700 orang lagi
di tawau untuk menimbulkan suasana huru hara dan menganggu ketenteraman
awam. Di dalam dokumen yang disebarkan tersebut, polis diminta
berhati-hati dan meningkatkan kawalan tahap keselamatan.
Saya menyeru orang ramai supaya TIDAK TERUS MENYEBARKAN maklumat ini kerana keadaan keselamatan di Sabah adalah terkawal.
No comments:
Post a Comment