Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh
bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan
keselamatan di kawasan 'ground zero' di Tanjung Batu, di sini hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis percaya antara
yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang
ketua kumpulan berpangkat jeneral.
"Dalam operasi pada pukul
11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas manakala seorang
lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi. Tiada anggota
keselamatan yang cedera," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima
Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain
Beliau
berkata pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak
semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada
di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Di samping
itu, keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52
orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta
di Kampung Simunul, Semporna.
No comments:
Post a Comment