Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Thursday 14 March 2013
PIHAK YANG HINA DAN PERTIKAI PENGORBANAN PASUKAN KESELAMATAN PENGKHIANAT NEGARA
Serian, 14 Mac - Mana-mana pihak yang mempertikai serta menghina anggota pasukan keselamatan yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara adalah pengkhianat, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.
Beliau berkata seharusnya mereka yang terkorban dihargai dan tindakan mempertikai serta menghina tidak sepatutnya dilakukan.
"Kalau seseorang itu menghina pengorbanan anggota pasukan keselamatan, mereka ini kita kategorikan sebagai pengkhianat. Bayangkan setelah apa yang berlaku, ada nyawa terkorban masih ada ada orang menghina pengorbanan (anggota pasukan keselamatan) dan tindakan mereka itu lebih hina daripada binatang.
"Jadi saya harap kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong pergorbanan anggota pasukan keselamatan dan yang penting kita beri sokongan serta semangat kepada keluarga dan balu-balu pejuang negara yang gugur mempertahankan negara tercinta ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan
lawatan ke rumah keluarga mendiang ASP Michael Padel, di Kampung Bidayuh Tebakang, di sini hari ini.
Mendiang Michael, 36, yang juga ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna adalah seorang daripada dua pegawai dan empat anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna pada 2 Mac lalu.
Lawatan tersebut turut disertai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi/Pencegahan) Superintendan Abang Ahmad Abang Julai bersama kira-kira 50 pegawai, anggota serta ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Kuching.
Pada lawatan itu sumbangan sebanyak RM3,300 hasil kutipan derma kilat di IPD Kuching diserahkan kepada balu mendiang Michael, Jabah Mingku, 35.
Turut berada di rumah keluarga mendiang ialah anak lelaki mendiang Macluie, 11, ibu mendiang Elizabeth Inat Rau serta sanak saudara. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment