Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Sunday 17 March 2013
PUTRAJAYA: RAKYAT PERLU ADA PERASAAN 'EMPATI' TERHADAP ANGGOTA KESELAMATAN
Putrajaya, 16 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat supaya mempunyai perasaan 'empati' kepada perajurit dan anggota keselamatan negara serta perlu berdiri teguh di belakang setiap perjuangan mereka.
Beliau berkata rakyat perlu memahami apa yang telah dan akan terus dilalui perajurit serta anggota keselamatan negara.
"Mereka tidak akan beri sokongan kalau mereka tidak faham apa yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan kita.
"Perlu faham tugas, cabaran, rintangan dan risiko yang dihadapi mereka, sebab itulah untuk kita menimbulkan rasa semangat patriotisme, ia berasaskan kepada kefahaman, kalau tidak faham, makna tidak ada empati," katanya lagi.
Perdana Menteri berkata oleh yang demikian, ketika ini pada saat negara berdepan ancaman luar, rakyat perlu berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan, yakni tentera dan polis.
"Kita mesti memahami dunia ketenteraan, dan kalau kita faham dunia ketenteraan, maka kita tidaklah buat kenyataan untuk menidakkan kewibawaan pasukan tentera dan polis kita.
Beliau turut melahirkan keyakinan penuh anggota keselamatan akan bertugas seperti yang diharapkan kerajaan dan rakyat.
"Saya yakin dan percaya bahawa kita dapat mengatasi dugaan, cabaran dan ancaman itu. Kita akan berjuang habis-habisan tidak kira berapa lama masa yang terpaksa diambil dan tidak kira apa yang perlu kita korbankan, kita akan menjamin kedaulatan dan keselamatan kita tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa, " katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment