Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Monday 4 March 2013
Status Palsu Di Facebook
STATUS PALSU: Berikutan insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, terkesan penyebaran status dari satu akaun Facebook yang mendakwa 500 tentera Kesultanan Sulu sudah mendarat di Sepanggar Bay dan Pitas pada malam Ahad lepas. Pihak polis dengan ini menafikan berita tersebut dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan melalui media sosial. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tahap keselamatan di mana-mana kawasan, boleh dirujuk kepada balai polis yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment