Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Thursday, 30 May 2013
Friday, 24 May 2013
ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
Maklumat Lanjut Sila Call/SMS ke Poklie 0199148223
BISNES YANG AMAT MENARIK UNTUK TAHUN 2013:
Segala kos operasi Farmasi akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Cosway
ANDA TIDAK PERLU KELUARKAN SEBARANG MODAL UNTUK:
1. Sewa kedai bulanan
2. Servis
3. Renovation
4. Maintainance
5. Bil elektrikair, telefon & internet
6. Cctv (keselamatan, kamera dihubung terus ke balai polis)
ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN:
1. Barang-barang dalam kedai ( brg cosway, brg serbaneka (mandian, makanan, peralatan rumah dll) serta ubat2 farmasi.
2. Dibekalkan seorang pegawai farmasi dimana gajinya dibayar oleh pihak cosway
3. Alatulis
LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN
1. Tiada had tahun..anda boleh usahakan kedai hingga tua dan
boleh diserahkan kepada anak/cucu, bole buat aset
2. Kelas bimbingan & Latihan yg fleksibel (masa ikut kita free)
3. Keuntungan berganda dari berniaga di kedai biasa
4. Konsep Free Store, lebih kurang sama mcm Guidance/Watson
5. Boleh pilih sendiri lokasi kedai yg hendak dibuka (5 pilihan)
ANDA HANYA PERLU :
1. Keluarkan modal permulaan yg rendah jauh beza sekiranya kita keluarkan modal utk buka kedai sendiri
2. Cari pekerja dan bayar gaji mereka dlm 1 org atau 2 org (ikut keperluan) utk uruskan kedai, atau anda sendiri yang uruskan kedai..(tak perlu gaji pekerja)
Rebutlah peluang ini selagi kuota masih ada. Jika dah cukup, TIADA lagi
offer sebegini hebat dari Cosway...Cosway nak buka 1000
outlet...sekarang masih ada dlm 800 lagi..hrp maklum...
JIKA ANDA BERMINAT SILA SMS INFO ANDA YANG BERIKUT KE 0199148223
1. NAMA ANDA
2. NO KAD PENGENALAN
3. JANTINA ANDA
4. USIA ANDA
5. ALAMAT ANDA
6. LOKASI PILIHAN UNTUK ANDA MEMBUKA FARMASI COSWAY ANDA
Thursday, 23 May 2013
Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
Semasa
zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua
belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit
iaitu sebanyak 3 kali sehari ( apabila mandi pagi, tengahari dan petang
) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta
mengeraskan zakar anda. Cuba sekarang juga.
Friday, 17 May 2013
Petua Untuk Mengurut Payudara
1. Sapu minyak pada tangan dahulu, kemudian diikuti dengan sapuan pada payudara. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payudara.
2. Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payudara.
3. Elakkan minyak terkena puting payudara.
4. Setelah minyak meliputi payudara anda, mulakan urutan pada payudara kanan dahulu.
5. Tekan jari perlahan-lahan pada payudara dengan gerakan ke atas sehingga menghampiri puting.
6. Jangan terburu-buru.
7. Ulangi sehingga 4 atau 6 kali, kemudian beralih kepada payudara sebelah kiri.
8. Lakukan selingan antara payudara kanan dan kiri berulang-ulang kali.
9. Lakukan urutan serentak pada kedua-dua payudara dengan menggunakan teknik tersebut.
10. Lebih afdal jika diurut oleh suami.
Tuesday, 14 May 2013
MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
MB Selangor Bersama Isteri Ketika Di Majlis Angkat Sumpah Hari Ini... Lihatlah Betapa Sederhananya Isteri Kepada Pemimpin No1 Negeri Selangor Ini... Tanpa Memakai Alat Solek, Berbaju Kurung Biasa & Berhijab... Wanita Yang Patut Dijadikan "Role Model' Buat Seluruh Muslimah Di Selangor, Inshaa-Allah...
Monday, 13 May 2013
Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
Terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan sahaja kurang kemungkinan diserang barah payudara dan barah rahim, tetapi juga setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan anak.
(Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di abad ke-17.)
Sumber: Klik SINI
Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
a. Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut.
b. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang iaitu antara dubur ke telur zakar (seakan-akan Istibra selepas kencing). Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala sahaja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali.
c. Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan dan kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.
(Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Melayu. Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di abad ke-17).
b. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang iaitu antara dubur ke telur zakar (seakan-akan Istibra selepas kencing). Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala sahaja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali.
c. Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan dan kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.
(Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Melayu. Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di abad ke-17).
Sumber: Klik SINI
Sunday, 12 May 2013
I LOVE ALLAH
SubhanAllah
''He's
the one who brought the two seas together, one is sweet and fresh and
the other is salty and bitter, and He placed between them a barrier and
prohibited them from mixing'' Al-Furqan 25:53
''He released the two seas meeting side by side, between them is a barrier, no one mixes with the other'' Al-Rahman 55:19-20
''Who's the one who made the earth a stable ground and placed within it
rivers and made for it fixed mountains and placed between the two seas a
barrier? Is there a God with Allah? No, but most of them don't know''
Al-Naml 27:61
All the above
verses point to a natural occurrence that can be observed in our seas.
When purely fresh water meets with very salty sea water, the difference
in their density prohibits them from mixing, and thus creating a
'barrier' between.
This fact was only known to mankind through
modern physics but Allah the Almighty told this to us more than 1400
years ago. How can there be a creator other than Allah when the proof of
His oneness is all over our planet?
Allah's our only
Sustainer and Provider, He shows us His signs to turn back to Him, to
ponder over His divine book and engage in His remembrance in our
everyday life. So lets remember Him whenever we see such signs around
us.
PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “. Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...
Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disisi Allah...
Saturday, 11 May 2013
Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
Khairil Abdul Rahim, | 11 Mei 2013 |
TEMERLOH: PAS Pahang mendakwa berlaku terlampau banyak kelemahan pada Pilihan Raya umum (PRU) ke-13 baru-baru ini berikutan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik khususnya melibatkan ketua tempat mengundi (KTM).
Sambil menyifatkan mungkin KTM tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan mencukupi, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan KTM antaranya tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.
Menurutnya, sebagai contoh di Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali PAS memohon daripada mereka.
“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana KTM memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau Tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya dalam sidang media hari ini selepas mesyuarat PAS negeri pertama selepas PRU13. (Gambar atas)
Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain berlaku dalam Dun Kuala Semantan dan PAS telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos.
Tuan Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat Pahang akan membuat sekurang-kurangnya tiga petisyen (bantahan kemenangan BN) kepada SPR melibatkan Parlimen Bentong, Dun Damak, Jerantut dan Dun Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan.
“Tugas SPR ialah mengembalikan keyakinan kepada rakyat terhadap suruhanjaya berkenaan selepas ini kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin SPR banyak yang menunjukkan badan tersebut tidak berdiri sama tengah,” katanya.
Mengenai soalan lain, Tuan Ibrahim berkata, PAS menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa berlakunya tsunami Cina kerana ada tujuh kerusi parlimen dan banyak Dun yang diwakili PR yang calonnya Melayu menang ke atas kerusi BN yang diwakili calon dari MCA dan juga Gerakan (Cina).
“Bagi PAS Pahang, secara keseluruhannya kita akur dengan keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu berjaya mengekalkan kerusi Dun Kuala Semantan dan Beserah selain merampas kerusi Tanjung Lumpur dan turut menang di Parlimen Temerloh.
“Pada mesyuarat khas yang berlangsung hari ini juga, PAS Pahang merakamkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dipotong kedua belah kakinya dan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob atas pelantikan sebagai MB penggal keempat,” katanya.
Sumber: Klik SINI
Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebagai Exco?
KOTA BHARU - Gugur daripada barisan Exco Kanan Kerajaan Negeri tidak
mematahkan semangat Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa
untuk terus mempertahankan kerajaan Pas sehingga akhir hayatnya.
Katanya, selagi Pas ini berdiri atas nama Islam yang Syumul,
melaksanakan kewajipannya mengikut Allah SWT, beliau akan tetap
mempertahankan kerajaan Pas sampai akhir hayatnya.
"Tetapi kalau kerajaan ini (Pas) bersifat duniawi
yang nak mengaut balak, lombong, Nauzubillah… Ampunkan saya kalau saya
berdiri di dalam dewan untuk memperbetulkan kerajaan.
“Saya masuk dalam perjuangan ini bukan main-main. Saya masuk ini untuk
melihatkan apa yang kita usrahkan Islam yang syumul, Islam yang
komprehensif, yang menjaga khazanah negeri dan negara supaya miskin dan
yatim piatu, mereka itu dibela dan Islam menjadi model. Ini cita-cita
saya,” kata Husam yang juga Adun Salor. .
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Majlis
Kesyukuran Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Pondok
Pasir Tumboh, di sini, malam kelmarin.
Dalam pada itu, mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd
Amar Abdullah, beliau turut mengakui tidak menerima jemputan untuk hadir
mesyuarat pada pagi 6 Mei lalu.
“Maaf, saya tidak terima jemputan tersebut. Tolong tunjukkan surat,
sistem pesanan ringkas (SMS), telefon, yang bercakap dengan saya. Maaf
saya tidak mahu perbesarkan isu ini. Ini perkara teknikal. Tidak perlu
jelaskan.
“Saya boleh terima semua keputusan tersebut demi kebaikan parti,
kemudian diganti dengan sebab-sebab saya tidak dilantik. Saya tidak
minta apa sebab saya tidak dilantik. ‘Terkilas ikan di air, saya tahu
jantan betinanya’,” katanya.
Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam,
Perancangan Ekonomi dan Kewangan selama dua penggal berkata, atas
pengguguran tersebut, beliau bukanlah orang yang yang berfikiran buntu,
malah dapat mengesan perkara itu sejak empat tahun lalu.
“Jadi, tidak perlu beri sebab, saya tahu sebabnya. Sebab itu ada dalam
dada saya. Saya tak perlu dedah kepada sesiapa demi menjaga keharmonian
parti kita.
“Ibarat kalau kita pergi meminang anak orang, tiba-tiba tak jadi kahwin,
atas sebab tertentu. Tidak perlulah beritahu (sebab) bulu betis dia
panjang, kepala lutut dia senget, hidung dia kembang sebelah. Itu akan
menyebabkan sakit hati teman yang kita pinang itu. Biasa kita sebut,
tiada jodoh,” katanya.
Beliau akui boleh menerima keputusan tidak disenaraikan dalam exco di
bawah pimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, malah tidak
pernah meminta namanya dimasukkan semula ke dalam senarai exco kerana
menganggap kerajaan Pas adalah kerajaannya.
Katanya, sebagai orang Melayu, mereka perlu menjaga tatasusila tanpa
melibatkan sultan dalam memberikan alasan demi menjaga keharmonian. ~sinar harian
Politik balas dendam bermula?
Belum sampai 24 jam mengangkat sumpah sebagai MB bagi penggal ke 2, Ahmad Said tak tertangguh lagi untuk melempiaskan kemarahannya kepada rakyat yang telah memilih PAS sehingga mereka hanya mampu terus berada di Wisma Darul Iman dengan kelebihan 2 kerusi sahaja.
Sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita Bernama, tiada lagi projek perumahan mampu milik di kawasan Dun dan parlimen yang dimenangi pembangkang. Kononnya selama ini kerajaan BN telah banyak mengambil alih tugas-tugas wakil rakyat PAS. Mana-mana rakyat di kawasan pembangkang yang berhajat kepada pembangunan, mereka diminta mengajukan kepada wakil rakyat pembangkang yang telah mereka pilih!
Saya sangat bersetuju dengan arahan ini kalau kenyataan ini turut disertakan dengan ketetapan bahawa mulai dari sekarang rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang tidak lagi perlu membayar sebarang cukai sebagaimana yang dikenakan kepada rakyat yang mendiami kawasan BN. Barangan di kawasan yang diwakili pembangkang juga akan menjadi lebih murah kerana cukainya telah dikecualikan. Harga kereta, harga petrol merudum di kawasan pembangkang. Alangkah seronoknya.
Saya juga boleh bersetuju kalau jawatan pegawai pembangunan dun atau parlimen dimansuhkan dengan syarat peruntukan pembangunan dun dan parlimen berkenaan disalurkan kepada yang berhak. Siapa lagi kalau bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.
Datuk Seri MB... Lupakah Tuan bahawa negara kita ini demokrasi. Bila Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai MB, tentunya Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi negeri Terengganu Darul Iman, bukannya MB bagi orang Umno!
Rakyat Terengganu adalah rakyat Datuk Seri sama ada mereka Pas atau Umno. Jangan Datuk Seri menggali lubang untuk memendekkan lagi hayat kerajaan Umno yang telah sedia berada di hujung tanduk.
Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwa.
Sunday, 5 May 2013
Senarai nama-nama besar yang kalah
Seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri iaitu Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam selain masing-masing Timbalan serta dua Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa antara yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Selain itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail juga menerima nasib yang sama.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di Parlimen Gelang Patah kalah kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan majoriti 14,762 undi. Mohd. Ali yang bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pula kalah kepada Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dengan majoriti 5,447 undi.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kalah dengan majoriti 2,638 undi kepada calon BN, Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang di Kedah. Salahuddin kalah di Parlimen Pulai di Johor kepada calon BN yang juga penyandang, Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti 3,226 manakala Husam kalah kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di Parlimen Putrajaya dengan majoriti 5,438.
Raja Nong Chik kalah kepada calon PKR yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1,847 undi. Dalam pada itu, Saifuddin tewas di Parlimen Temerloh kepada calon Pas yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dengan majoriti 2,441 undi manakala Puad kalah kepada calon PKR, Datuk Mohd. Idris Jusi (PKR) dengan majoriti 1,732 undi.
Di Parlimen Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kedah, Saifuddin Nasution tewas kepada calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi. Nama lain yang kalah ialah Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas; Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (Parlimen Segamat); dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (Sepang).
Selain itu ialah Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Parlimen Beaufort);dan bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas-Parlimen Kuala Kangsar); dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din (Parlimen Arau).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)