Free Widgets

Sunday 5 May 2013

Senarai nama-nama besar yang kalah


Seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri iaitu Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam selain masing-masing Timbalan serta dua Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa antara yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail juga menerima nasib yang sama.

Abdul Ghani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di Parlimen Gelang Patah kalah kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan majoriti 14,762 undi. Mohd. Ali yang bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pula kalah kepada Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dengan majoriti 5,447 undi.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kalah dengan majoriti 2,638 undi kepada calon BN, Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang di Kedah. Salahuddin kalah di Parlimen Pulai di Johor kepada calon BN yang juga penyandang, Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti 3,226 manakala Husam kalah kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di Parlimen Putrajaya dengan majoriti 5,438.

Raja Nong Chik kalah kepada calon PKR yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1,847 undi. Dalam pada itu, Saifuddin tewas di Parlimen Temerloh kepada calon Pas yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dengan majoriti 2,441 undi manakala Puad kalah kepada calon PKR, Datuk Mohd. Idris Jusi (PKR) dengan majoriti 1,732 undi.

Di Parlimen Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kedah, Saifuddin Nasution tewas kepada calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi. Nama lain yang kalah ialah Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas; Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (Parlimen Segamat); dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (Sepang).

Selain itu ialah Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Parlimen Beaufort);dan bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas-Parlimen Kuala Kangsar); dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din (Parlimen Arau).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: