PETALING JAYA: Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul,
menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes
rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.
Zatul atau nama
sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan
semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap
pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.
“Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.
“Biarlah
dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya
enggan mengulas panjang tentang perkara ini,” katanya yang dihubungi
mStar Online di sini, petang Isnin.
Zatul yang merupakan protege
kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta
mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul
atas tuduhan rogol.
Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini
berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas
fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.
Dalam
pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas sekiranya Mohd
yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil pendekatan untuk
terus memburukkan namanya kepada pihak media.
“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.
Terdahulu
Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar
Online selepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH
2012) di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah
mengajaknya berkahwin sebelum ini.
Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.
“Sebelum
ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi rakan artis.
Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah bersedia dengan
semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa keluarga lagi.
“Alih-alih,
pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan merogolnya pula.
Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana tiada bukti yang
kukuh daripada pihak polis,” katanya.
Akhbar sebelum ini
melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen
telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu
siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mangsa
yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul
12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay
Perdaya, Ampang dekat sini.
Sumber Info : Klik SINI
Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Showing posts with label Rogol: Zatul Serah Pada Polis Dakwa Mohd (mentor). Show all posts
Showing posts with label Rogol: Zatul Serah Pada Polis Dakwa Mohd (mentor). Show all posts
Friday, 19 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kpl 1124833 Khairul Anuar






Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)
















































