Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Showing posts with label Shah Alam: POLIS TAHAN TIGA LELAKI KES CURI SELUAR DAN LARIKAN KERETA. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam: POLIS TAHAN TIGA LELAKI KES CURI SELUAR DAN LARIKAN KERETA. Show all posts
Tuesday, 19 March 2013
Shah Alam: POLIS TAHAN TIGA LELAKI KES CURI SELUAR DAN LARIKAN KERETA
Shah Alam, 18 Mac - Polis menahan tiga lelaki berhubung kes curi seluar seorang lelaki di sebuah tandas di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, sebelum melarikan kereta Toyota Vios milik mangsa dalam kejadian 10 Mac lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian itu seluar milik mangsa dipercayai digantung di pintu tandas telah dilarikan oleh seorang daripada suspek.
"Di dalam seluar suspek yang dibawa lari turut mengandungi kunci kereta, dua telefon bimbit dan kad Touch 'n Go," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan dan maklumat yang diperolehi, seorang daripada lelaki terbabit berumur 38 tahun ditahan pada 15 Mac lepas kira-kira pukul 11 malam di hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Mohd Adnan berkata dua lagi lelaki ditahan awal pagi hari ini secara berasingan dengan tangkapan pertama membabitkan seorang suspek berumur 49 tahun kira-kira pukul 1.30 pagi, di Villa Wangsa Mas, Wangsa Maju.
"Tangkapan kedua pula membabitkan seorang lelaki berusia 42 tahun, kira-kira sejam kemudian di Setapak, Kuala Lumpur," katanya.
Mohd Adnan berkata hasil tangkapan ke atas kesemua suspek membawa kepada penemuan kunci kereta, kereta Toyota Vios berwarna hitam, satu MyKad, lesen memandu, kad Touch 'n Go dan dua telefon bimbit.
"Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok dan kita percaya kes ini telah selesai. Polis juga akan menyiasat sama ada suspek yang sama turut terlibat dengan kes kecurian lain di LCCT," katanya. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kpl 1124833 Khairul Anuar






Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
May
(15)
- Antara Punca Lelaki Sakit Belakang
- ANDA Berminat Dengan Bisnes Farmasi Cosway ini?
- Petua Untuk Zakar Besar dan Panjang
- Petua Untuk Mengurut Payudara
- MB Selangor Angkat Sumpah Hari Ini
- Petua Wanita Untuk Menyempitkan Faraj
- Petua Lelaki Untuk Keraskan Zakar Anda
- I LOVE ALLAH
- PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD
- Sekurang-kurangnya 3 petisyen – Tuan Ibrahim
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebag...
- Politik balas dendam bermula?
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI KEDAH (P4-P18)
- PRU13: KEPUTUSAN PARLIMEN NEGERI PERLIS (P1-P3)
- Senarai nama-nama besar yang kalah
-
▼
May
(15)
















































