Free Widgets

Monday, 29 April 2013

Pesanan calon PAS Parlimen Putrajaya, Dato' Husam Musa Kepada Kakitangan Awam

Husam ketika memperkatakan perihal ugutan BN kepada kakitangan awam

Pesanan calon PAS Parlimen Putrajaya, Dato' Husam Musa

Salam buat pengundi dari kalangan penjawat awam..
Saudara-saudari yang dikasihi

Saya mendapat makluman dan aduan ugutan terhadap kakitangan awam atau civil servant yang mendakwa diugut orang-orang BN di Putrajaya kerana mereka semakin takut dengan sokongan rakyat terhadap calon PAS.

Saya merujuk hal ini kepada bekas Presiden Cuepacs, Dato' Nordin Abdul Hamid, yang pada pandangan beliau mengatakan, sekiranya ada mana-mana civil servant yang dipaksa atau yang diugut, bawalah kepada pengetahuan kesatuan di pejabat masing-masing.

Supaya kesatuan boleh membawa isu ugutan itu kepada Cuepacs dan juga boleh dibawa kepada pengetahuan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan kerana ugutan itu adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bercanggah dengan pekeliling perkhidmatan awam

Saya sendiri mendengar desas-desus pihak tertentu mengugut pengundi dengan pelbagai ugutan, antaranya hendak mengeluarkan dari kuarters sekiranya mengundi PAS.

Saya berharap dan berpesan..supaya semua kakitangan dan pegawai, jangan sesekali takut.

Kerana pada pertandingan kali ini, pada waktu bermula kempen ia menunjukkan kedua-dua pihak boleh menang. Ianya 50:50.

Tetapi hari ini kita Pakatan Rakyat sudah berada dalam keadaan boleh menang. Oleh itu, saya menasihatkan semua kakitangan dan pegawai yang diugut, supaya merekodkan dan menyimpan ugutan yang dibuat.

Selepas itu, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan, kerajaan baru dibentuk, kita boleh mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana pegawai yang menghalang, yang mengugut, menakut-nakutkan atau yang menekan kakitangan awam daripada mengundi parti lain selain BN.

Jadi, kita yakin, kita akan usahakan satu instrumen tindakan disiplin ke atas mana-mana pegawai yang didapati menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan BN.

Nasihat saya kepada semua pihak dalam kerajaan supaya 'STAY NEUTRAL'. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa dan kedudukan kerana implikasi serta risiko untuk mereka diambil
tindakan disiplin terbuka luas. Dalam pertarungan 50:50 seperti sekarang, semua pihak harus berhati-hati.

Namun begitu, saya yakin kakitangan kerajaan..berani membuat perubahan. Lebih-lebih lagi memang tiada nombor siri pada kertas undi. Jadi memang imposible, very unlikely untuk pihak-pihak tertentu trace siapa undi siapa. Sudah tiga kali pilihan raya, 1999, 2004 dan 2008, sehingga kini tidak ada sesiapa pun kakitangan awam yang mengundi parti selain BN, dikeluarkan dari kuarters.

Walaupun kakitangan awam sering diperangkap dengan budaya ketakutan, saya memohon kepada mereka untuk berani hanya pada satu minit sahaja..iaitu ketika hendak mengundi. Mereka harus brave just in one second while voting, bagi memilih calon PAS dari Pakatan Rakyat.

Terima kasih.

Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat

(Musa bersama Tan Sri Md Hashim dalam sidang media hari ini)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini selepas bertemu dengan Pengerusi MPKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.

Beliau yang juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan agar proses kuasa berlaku secara aman.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.

Ianya termasuk isu letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.

"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.

"Saya juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk sebarang ceramah yang diadakan.

"Dengan ancaman letupan ini saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.

Sumber Informasi: Klik SINI

Saturday, 27 April 2013

Teks Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di ceramah Perdana, 26 April 2013, Putrajaya


‘Sesungguhnya, Kami (ALLAH) telah mengutuskan para Rasul Kami (ALLAH) dengan bukti-bukti yang nyata, dan Kami (ALLAH) menurunkan bersama mereka Kitab dan Mizan (neraca) supaya berdirilah manusia dengan keadilan. Dan Kami (ALLAH) menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia, dan supaya dibuktikan ALLAH siapa yang menolong-NYA dan para Rasul-NYA dengan ghaib. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.’ (Surah al-Hadid, 57 : 25).

Secara ringkasnya saya mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH SWT, walaupun dalam keadaan sibuk pilihan raya, saya tetap dapat menghadirkan diri untuk memberi ruang sedikit fikiran kepada semua bagi memilih Pakatan Rakyat khasnya terhadap PAS.

Dunia ini tidak kita buat. Kita hanya menumpang di atas dunia yang ALLAH buat. ALLAH buat manusia. Manusia ada yang cerdik dan ada yang bodoh. Ada yang atas daripada cerdik yakni dipanggil Rasul. Ada manusia bertaraf Rasul, bertaraf Nabi. Kerana manusia mempunyai tubuh dan roh. Tiap-tiap manusia ALLAH buat daripada tanah dan ditiupkan roh. Tanah, kerja dia ialah menurun. Manakala roh kerja dia ialah menaik. Oleh yang demikian, untuk memimpin manusia, ALLAH telah mengirim Nabi dan Nabi akhir zaman adalah Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad telah wafat lebih seribu tahun dahulu tetapi Al-Quran masih hidup sampai kiamat.

Dalam Al-Quran menyebut mengenai asas manusia. ‘Hai, manusia. Aku yang buat kamu,’ ada lelaki ada perempuan, ada bermacam etnik, ada bermacam kabilah. Dengan tujuan supaya kamu mudah kenal mengenal. ‘Yang paling mulia di antara kamu di sisi AKU adalah yang paling bertakwa.’ Jadi, mahu tidak mahu. Manusia mesti terima bahawa manusia dicipta oleh ALLAH. Bukan manusia dicipta oleh manusia. Apabila ALLAH yang mencipta manusia, ALLAH sediakan tempat untuk manusia hidup iaitu bumi. Bumi tidak boleh hidup sendirian. Mesti ada langit, mesti ada segala cakerawala. Ada matahari yang mengeluarkan cahaya, oksigen dan pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada manusia.

Bumi dan langit adalah untuk tubuh manusia. Roh manusia tidak boleh dikendali oleh zahir sahaja. Mesti melalui roh. Roh adalah wahyu dari langit. Tiada wahyu dari langit, manusia akan terus menerus kacau bilau. Maka, ALLAH mengirim Nabi. Sejak Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, sehinggalah Nabi Muhamad. Orang-orang ini mengendali manusia supaya manusia berpegang kepada dua perkara.

Pertama : Manusia dibuat oleh ALLAH.

Kedua : Manusia hidup di atas dunia ini – ‘Siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun.’ (Surah al-Mulk, 67:2).

Saya datang dari Kelantan dengan tujuan hendak memberi ucapan. Tuan-tuan datang untuk mendengar macam-macam ucapan. Kita sendiri datang ke dunia untuk tujuan apa? Kerana kita datang ke sini untuk mendengar ucapan, hendak itu dan hendak ini. Kita sendiri datang ke dunia untuk apa? Tidak ada orang tahu. Tidak ada manusia yang tahu bagaimana manusia dihidupkan di atas muka bumi ini kecuali ALLAH yang menciptanya. ALLAH buat manusia; Melayu, Cina, Inggeris, Afrika tujuannya ialah supaya ALLAH menguji kita, siapa yang paling baik dari segi amalan. Yang paling baik dari segi amalan yang seru kepada ALLAH, akan letak syurga dan akhirat di hadapannya. Dan yang lari daripada aktiviti seru kepada ALLAH akan disumbat ke dalam neraka. Ini perkara pokok, hadirin.

Atas sebab itulah, Nabi SAW walaupun lahir di Mekah, 13 tahun berdakwah di Mekah, tetapi dengan sebab penduduk Mekah tidak menerima dakwah, Nabi terpaksa berhijrah ke Madinah. Di Madinah, Nabi disambut dan dilantik sebagai Perdana Menteri. Wakil rakyat yang pertama dalam Islam ialah Nabi Muhammad SAW. Wakil rakyat kita, manusia pilih. Saya dipilih oleh rakyat. Tuan-tuan sendiri akan memilih Dato Husam, akan memilih Nurul Izzah, tetapi Nabi SAW, kita tidak pilih, tetapi ALLAH yang memilih sebagai wakil rakyat. Apa yang ALLAH hendak beritahu kepada manusia, DIA akan beritahu kepada Nabi Muhammad. Ini perkara pokok, para hadirin semua.

Oleh yang demikian, para hadirin semua, kita mesti sedar manusia tidak boleh selamat kalau hanya berfikir cara kita, lebih-lebih lagi parti yang menolak Islam. Macam dia dengan ALLAH, dia lebih kuat. Islam datang daripada ALLAH tetapi ada parti yang menolak Islam. Allah yang menurunkan Islam. ALLAH sifatkan Islam sebagai rahmat fil ‘alamin tetapi ada pihak mengatakan ia laknat, (laknat fil ‘alamin). Ini kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Islam sebelum ini seperti mana kecelakaan yang menimpa di Timur Tengah. Alhamdulillah sekarang ini, walaupun begitu sekian lama di Timur Tengah dikuasai oleh pemikiran sekular tetapi sekarang naik balik gelombang Islam yang menyebabkan presiden-presiden yang dahulunya membunuh dan menangkap orang, dia sendiri pula ditangkap, dibunuh dan dipenjara pula.

Para hadirin semua, Insya-ALLAH Malaysia khasnya kita di sebelah sini, perlu fikir balik semula bahawa tidak ada cara yang paling baik untuk hidup di dunia sampai akhirat melainkan melalui Islam. Kebangsaan tidak boleh buat apa. Bila manusia masuk di dalam kubur, tidak akan Malaikat Munkar dan Nakir tanya, “Kamu berbangsa apa?” Saya jawab bangsa Melayu, maka saya boleh masuk syurga. Mustahil! Ini yang perlu diberi perhatian oleh kita semua dan kita di Kelantan sejak tahun 1990 sampai tengah malam ini, Insya-ALLAH sampai kiamat, kita bela Islam; Islam cara syamil, Islam cara syumul, kompresif, ekonomi cara Islam, akidah cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam dan sebagainya. Tidak akanlah kita sembahyang dan menunaikan haji mengikut cara Nabi namun dalam pemerintahan kita menurut cara orang putih. Begini, para hadirin. Nabi Muhammad memerintah negeri, jadi Perdana Menteri di Mekah di Madinah lebih kurang 10 tahun. Maka, kita mesti turut kehendak dia, peraturan dia, akidah dia, Insya-ALLAH mudah-mudahan 5 hari bulan ini, kita mengundi untuk bentuk kerajaan, asasnya kepada Islam, dapat hidup sebuah masyarakat yang baik dan damai dan 6 hari bulan, kita beraya beramai-ramai, Insya-ALLAH..


Tun Mahathir dan Tengku Adnan VS Ustaz Azhar dan Husam Musa

GGG
Poster di facebook

Mustafa Kamal menyertai PAS bersama 100 orang yang lain.

Senyum x perlu kata apa-apa

 Senyum je tau

Biar je gambar yang berbicara

 30 000... Itu Angka Yang Diberikan Mengenai Jumlah Rakyat Yang Berhimpun Di Putrajaya Bagi Mendengar Kempen PAS Dari Dato Husam Musa & Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Presint 19, Putrajaya... Berbanding Dengan Ceramah BN "Pertahankan Putrajaya" Yang Menyaksikan Kehadiran Sekitar 1000 Orang Yang Memenuhi Khemah Yang Disediakan Dimana Tun Mahathir Yang Terpaksa Turun Padang Bagi Membantu Calon BN Yang Dalam Keadaan Tertekan Kerana Sokongan Ternyata Tidak Memihak Kepada Setiausaha Agung UMNO Itu... Biar Gambar Berbicara!!!  

Kesesakan Luarbiasa Di Putrajaya Sempena Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Presint 19

Biar gambar yang berbicara

Friday, 26 April 2013

Takbir bergema di Masjid Besi Putrajaya

TG Nik Aziz solat Jumaat di Masjid Besi hari ini)

PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana.

Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas  selesai solat Jumaat.

TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.

Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini.

Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3  iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan.

Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa.

Thursday, 25 April 2013

Maaf Pakatan Rakyat, Saya Pilih BN

Ada kaitan ke dengan kumpulan di bawah ini?


Bangla sudah mari. Dikesan di KLIA. Siapa boleh jelaskan bangla bangla ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Kemungkinan untuk mereka ini menjadi penghuni hantu adalah tinggi. Sewa khas terhadap kapalterbang MAS seperti dalam gambar dibawah amat meragukan. Kilang apa yang perlukan begitu ramai pekerja?




Sumber Info: Klik SINI






MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.


Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.


Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.


Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. 


Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.


Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.


Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.


Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.


Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.


Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.


Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.


Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.


Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.


Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.


Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.


Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.


Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.


Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.


Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.


Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.


Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


Sumber info: klik SINI

Pakai Baju BN Bawa Bendera PAS

Gambar ini dirakamkan di Johor Bharu

Agak pelik mamat sorang ni, Pakai baju macam petugas BN tapi ditangannya tu macam bendera PAS. Apa dia nak buat sebenarnya? nak pasang bendera PAS ke? Baru cabut bendera PAS ke?.... apa pun orang-orang macam ni lah yang merosakan sistem pilihanraya negara kita.. satu perkara yang mamat ni mungkin tak faham. Pilihan pengundi bukan duduk kat bendera itu... ianya telah tersemat dihati.

Sumber info: Klik SINI

Jeneral pilih PAS kerana tertarik perjuangan Islam

(Left Jeneral (B) Datuk Ismail menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mustafa)


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Samion memilih PAS kerana tertarik dengan ideologi parti itu yang memperjuangkan Islam.

Beliau yang menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pagi tadi, berkata tiada apa yang boleh ditinggalkan kepada anak-anak dan keluarganya melainkan Islam.

"Saya pun sudah berumur, mungkin akan pergi esok lusa.  Apa yang kita mahu tinggalkan untuk anak-anak dan isteri, kalau bukan Islam?" soal beliau kepada wartawan.

Beliau turut menambah, suasana politik hari ini juga menunjukkan perlu berlakunya satu perubahan menyeluruh demi memastikan masa depan yang lebih telus dan adil.


Katanya, perubahan itu perlu datang dari diri sendiri, ahli keluarga dan teman-teman bagi sama-sama menyemarakkan momentum ke arah perubahan.

Ini kerana, tegasnya perubahan menyeluruh ini tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya perlu dilakukan dalam kelompok yang besar.

(Datuk Ismail mengisi borang memohon menjadi ahli PAS)

Mengakui kelompok tentera tidak mempunyai kebebasan bersuara ketika dalam perkhidmatan, Ismail menegaskan kini beliau tampil berani untuk menentang segala kemungkaran supaya tidak berterusan.

"Dulu saya tidak aktif politik.  Maklumlah, pegawai kerajaan kena patuh.  Tidak boleh bercakap...tak dibenarkan cakap pun. Tapi selepas bersara ini, saya berasakan perlu bersama-sama membuat perubahan.  Dan inilah peluang yang ada untuk melakukannya," tegas beliau lagi. yang cenderung dengan sistem dua parti.

Beliau berpandangan sistem dua parti membolehkan rakyat mempunyai pilihan yang luas untuk memilih, selain tidak menjadikan sesebuah parti monopoli itu sebagai sebuah parti yang tidak boleh ditegur.

"Kalau terus mengamalkan sistem monopoli secara berterusan, ia menjadikan sesebuah kerajaan itu tidak boleh ditegur dan boleh berbuat apa sahaja yang disukai mereka," kata beliau lagi.

Atas sebab itu, tambah Ismail perlua ada persaingan di antara dua parti bagi memastikan keselesaan rakyat dapat dipenuhi.

Perkara itu, kata Ismail boleh dilihat apabila BN memberi begitu banyak bantuan muktahir ini, bairpun boleh melakukannya sejak memerintah Malaysia 55 tahun lalu.

"Kenapa BN banyak beri bantuan? Kerana Pakatan Rakyat kuat menyebabkan mereka terpaksa memberi pelbagai bantuan. Sejak 55 tahun memerintah, tidak ada apapun (bantuan).  Apabila ada persaingan hebat, rakyat mendapat faedahnya.  Justeru, kita perlu meneruskan momentum itu," seru beliau.

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.

Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).

Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.

Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).

Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.

Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara.

Wednesday, 24 April 2013

PRU13: Mat Taib yakinkan Melayu pendalaman, DAP bukanlah ancaman kepada mereka

Kedatangan Muhammad (tengah) berceramah dilihat sebagai satu strategi Pakatan Rakyat untuk menembusi salah satu kubu kuat Umno di Selangor itu. - Gambar fail

PAYA JARAS, 25 April — Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, individu yang pernah menjadi perancang bagi Umno dalam beberapa pilihan raya, meyakinkan orang-orang Melayu di sini, DAP bukanlah parti yang akan menggugat kedudukan mereka.



Bekas menteri besar Selangor itu turut menyakinkan orang ramai gabungan PAS, PKR dan DAP sudah bersedia untuk mengambil alih Malaysia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia semenjak Merdeka.


“Itulah, dia kata DAP rasis. Tak adalah tuan-tuan, ini semua spin. Orang spinlah DAP perkauman, kalau di spin tuan-tuan, hari-hari kita kata ini jahat, ini jahat, lama-lama orang akan percaya,” kata Muhammad merujuk kepada media arus perdana yang seringkali menggambarkan DAP sebagai sebuah parti perkauman.


“Saya pernah jadi naib presiden Umno, saya tahu macam mana pemimpin Umno bertindak tuan-tuan,” tambah beliau lagi.


Muhammad turut mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.


“Saya tengok PAS ramai pemimpin-pemimpin berkaliber, macam Husam Musa. Saya tengok Rafizi dari PKR, class. Pemimpin-pemimpin macam ni tuan-tuan kalau dibagi tanggungjawab, selamat, selamat mana-mana jabatan yang dijaga.


“DAP ada Tony Pua, di PJ Utara. Ini anak-anak muda tuan-tuan,” kata Muhammad dihadapan 500 hadirin yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu di Padang Paya Jaras Hilir malam tadi.


Muhammad Isnin lalu menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan beliau membantu memperkukuhkan lagi imej PAS yang sebelum ini dilihat sebagai sebuah parti “kampung”.


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras merupakan kubu kuat Umno, disandang oleh Datuk Muhammad Bushro Mat dan merupakan satu-satunya kerusi DUN yang terselamat didalam Parlimen Subang daripada ‘tsunami’ politik 2008.


Pada 2008 DUN Subang Jaya dimenangi oleh Hannah Yeoh dari DAP dan Kota Damansara pula dimenangi oleh Dr Nasir Hashim yang menggunakan tiket PKR.


Sebelum itu, calon PAS bagi DUN Paya Jaras Khairuddin Othman merayu kepada hadirin agar memberikan peluang kepadanya kali ini untuk mewakili mereka.


Kedatangan Muhammad berceramah dilihat sebagai satu strategi Pakatan Rakyat (PR) untuk menembusi salah satu kubu kuat Umno di Selangor itu.


Dr Khir Toyo baru-baru ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa pemimpin Umno tidak seharusnya memandang ringan penyertaan Muhammad kedalam PAS dan mendesak parti itu memerhatikan kempen Muhammad dengan lebih dekat agar undi Melayu tidak beralih dari gabungan pemerintah itu.


Muhammad bekas pemimpin utama Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.


Beliau juga pernah menjawat jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dari 2008 hingga 2009.


Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed walau bagaimanapun menafikan Muhammad menjadi ancaman kepada gabungan itu.


“Sudah tentu terdapat orang yang suka kepada dia, tetapi dia sudah menjadi sejarah … dan dia bukanlah seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang evergreen. Saya tidak fikir dia akan memberikan kesan,” kata Mohd Zin kepada The Malaysian Insider.


Selangor buat pertama kalinya tumbang ditangan PR dalam Pilihan Raya 2008.
Walaupun memenangi Selangor pada 2008, PR masih lagi lemah dikawasan pendalaman yang didiami oleh majoriti masyarakat Melayu.


Pada Pilihan Raya 2008, PR memenangi 37 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kebanyakkannya kerusi-kerusi DUN di kawasan bandar.


Kawasan pendalaman menjadi kubu kuat BN terutamanya Umno dan kehadiran Muhammad untuk berkempen dijangka akan memberikan impak besar pada pilihan raya umum 5 Mei depan.


TATACARA PENGUNDIAN SECARA POS

1. PASTI SAMPUL YANG SAMPAI MENGANDUNGI: i. KERTAS UNDI, ii. BORANG 2, iii. SAMPUL A DAN iv. SAMPUL B.

2. SETELAH ITU ANDA HENDAKLAH MENANDATANGI 'BORANG 2' DIHADAPAN SAKSI, YANG KEMUDIAN SAKSI JUGA MESTI MENANDATANGI DI RUANG SAKSI. UNTUK MAKLUMAN, TIDAK SEMESTINYA MAJIKAN ANDA SAHAJA YANG BERHAK MENJADI SAKSI, MEREKA YANG BOLEH MENJADI SAKSI SIAPA SAHAJA WARGA NEGARA MALAYSIA YANG ANDA KENALI SEPERTI KELUARGA TERDEKAT BOLEH MENJADI SAKSI DI BORANG 2.

3. KEMUDIAN SECARA RAHSIA DAN BUKAN LAGI DIHADAPAN SAKSI ANDA HENDAKLAH MENGUNDI BAGI CALON YANG ANDA PILIH.

4. MASUKKAN KERTAS UNDI ANDA KEDALAM SAMPUL 'A' DAN MENUTUPNYA.

5. KEMUDIAN MASUKKAN SAMPUL BERTANDA 'A' KEDALAM SAMPUL B BESERTA BORANG 2 YANG TELAH SIAP DIPENUHKAN BUTIRANNYA DAN DIPASTIKAN SEKALI LAGI IANYA TELAH DITANDATANGI OLEH ANDA DAN SAKSI.

6. HANTAR DENGAN SEGERA SAMPUL 'B' KEPADA PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA DIMANA ANDA MENGUNDI.

SELAMAT MENGUNDI - PASTIKAN KERAHSIAAN UNDI ANDA - PASTIKAN MAJIKAN ATAU SESIAPA TIDAK MEMAKSA ANDA UNTUK MENGUNDI CALON PILIHAN MEREKA.

JIKA BERLAKU SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK PEGUAM UNTUK TINDAKAN.

KETERANGAN LANJUT, SILA RUJUK: PERATURAN-PERATURAN PILHANRAYA (PENGUNDIAN POS) 2003
Sumber info : klik SINI

Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia tidak diarah mengundi awal bagi PRU13


Kuala Lumpur, 24 April - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Justeru, katanya polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.

Beliau juga memberitahu bahawa 1,430 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219), kunjungan rumah ke rumah (44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya.

Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai-balai polis seperti yang berlaku semalam.

"Balai polis bukanlah tempat untuk memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain terutama untuk menguruskan hal-hal laporan mangsa-mangsa sesuatu kejadian," katanya. - BERNAMA
Sumber Info: Klik SINI

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Waktu kecil setiap hari kita tidur dalam pelukan ayah, kerana mak memeluk adik beradik kita yang lain. Mak tak mampu nak peluk kesemua anak-anaknya. Kita tak ingat sebab ingatan kita tidak lah kuat sangat ketika itu .... kita sangka ketika kecil hanya ibu yang memeluk kita.
Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan pada ibu, apa yang kita lakukan seharian...
Masa kita mula bersekolah, semua kita minta belikan yang baru, Mak biasanya jadi tukang pilih, bilnya semuanya dibayar dari saku ayah ... tahukan kita kekadang baju ayah bertahun tak pernah bertukar yang baru...
Saat kita sakit/demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa dalam marah, ayah sebenarnya sangat risau kesihatanmu terganggu..
Kita lebih mesra dengan ibu, mungkin kurang mesra dengan ayah.. tahukah kita  ... ayah buat tak kisah sebab tak nak lukakan perasaan ibu. ayah tak cemburu sebab ayah sayang ibu dan semua anak-anaknya..
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu HARTAnya yang sangat berharga..
Kita membenci ayah kerana tidak mengizinkan kita kepada sesetengah perkara... tahukah kita, ayah tidak pernah membenci kita walaupun kita telah melukakan hatinya dalam sesetengah perkara ...
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... ketika mak telah dibuai mimpi indah, ayah masih setia menunggu kepulangan kita di ruang tamu dengan perasaan yang  sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke IPT/kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhi segalanya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita..
Bila tiada duit kita minta dengan mak, jarang kita nak minta dengan ayah ... tahukan kita duit yang mak bagi kepada kita setiap bulan tu sebenarnya duit ayah.... Mak jadi perantara sahaja...
Ketika kita mula merokok, dengan mudah duit ayah lah yang kita bakar setiap hari. sedangkan ayah bagi duit kat kita kerana dia takut kita kelaparan .... kita telah menyalahguna bajetnya..
Kekadang ayah berpesan "Awak belajar rajin-rajin, pasal duit ayah uruskan"... sebenarnya mereka sanggup ikat perut kerana tidak mau kita risau sehingga terganggu pelajaran. Mereka sanggup bekerja sampai terganggu kesihatan semata-mata untuk memenuhi cita-cita dan impian kita ...
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri yang kacak/manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Kita biasa melihat mak menangis di depan kita.... susah nak tengok ayah menangis didepan kita... tahukan kita ayah menangis ketika dia berkomukasi dengan Allah memohon kesejahteraan dan keberkatan dalam hidup kita...
Mak biasanya menasihati kita ... ayah hanya memerhati. tahukah kita, mak mendoakan kita dihadapan kita tapi ayah mendoakan kita dibelakang kita. Ketika kita tidur... ayah mengusap rambut kita sambil mendoakan kita ... dipipinya meleleh air mata. Ketika kita jauh ayah sedekahkan Al-Fatihah kepada kita dan mendoakan kita di atas sejadah lusuhnya..
Jika ayah menangis kerana perilaku buruk kita, ayah telah benar-benar telah tersinggung dan segera lah memohon maaf kepadanya dan mohon lah keampunan dan pintalah restunya. Jika ayah menangis kerana kejayaan kita, kitalah manusia yang paling bertuah kerana tidak semua anak dapat melihat dan merasai situasi itu..
Bila dewasa sesetengah daripada kita melawan ayah .... sampai ada yang sanggup menumbuk/menetak ayah dengan senjata, ayah hanya diam. tahukah kita? diam ayah bukan kerana beliau takutkan kita. Sebenarnya mereka diam kerana takutkan Allah kerana kita telah menjadi anak derhaka dan bakal menjadi penghuni neraka.
Andainya ketika ini ayahmu telah mengadap Illahi, sedekah Al-Fatihah kepadanya dan doakan semoga ayahandamu ditempatkan dikalangan insan-insan yang bertakwa kepada ALLAH ..... Amin..
Jika anda SAYANG Ayah silalah share :)

Pertukaran Guru, kita akan buat dengan cara Mesra Keluarga


Cadangan Dato' Husam Musa untuk para pendidik..

"Ada Pasangan Guru dipisahkan, Suami di Johor - Isteri di Perlis, Isteri di Selangor - Suami di Sarawak... Macam mana kalau PM & Isteri dipisahkan begitu..? Apa perasaan mereka..? Siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan anak2 yang masih kecil..?

Kalau Pakatan Rakyat diberi Mandat Mentadbir Negara, saya berjanji kepada lebih kurang 400,000 guru di Malaysia bahawa kalau ada Pertukaran Guru, kita akan buat dengan cara "Mesra Keluarga".

Ini bagi memudahkan Pasangan Guru berstatus Suami-Isteri & antara Guru-Guru, ada juga yang terpaksa menjaga Ibu-Bapa mereka yang sudah berumur atau uzur."

(Dalam sidang akhbar di Presint 9)


Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menunaikan solat jumaat di Masjid Besi, Putrajaya, 26 April ini

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat..Al-Mursyidul Am PAS..akan menunaikan solat jumaat di Masjid Besi, Putrajaya, 26 April ini. Tuan Guru juga akan turun berkempen membantu calon PAS, Dato' Husam Musa..Allahu Akbar!

Tsunami in Melaka.....

Biarkan gambar yang berbicara

Pertemuan calon PAS Putrajaya, Dato' Husam Musa dengan Tan Sri Aseh Che Mat presiden Perbadanan Putrajaya


Pertemuan calon PAS Putrajaya, Dato' Husam Musa dengan Tan Sri Aseh Che Mat presiden Perbadanan Putrajaya, pagi tadi. Alhamdulillah Dato' disambut dengan baik, dan semua pihak memberikan kerjasama..harap-harap selepas ini..kita dibenarkan berkempen dalam premis kerajaan sebagaimana yang calon BN lakukan..

Sumber Info: Klik SINI

HEART ATTACKS and HOT WATER

HEART ATTACKS & HOT WATER:

A very good article which takes two minutes to read. Heart Attacks And Drinking Warm Water

This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about Heart Attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

Common Symptoms Of Heart Attack...

A serious note about heart attacks - You! should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting . Be aware of intense pain in the jaw line.
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive..

A cardiologist says if everyone who reads this post shares it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this & Send to a friend. It could save a life... So, please be a true friend and share this article to all your friends you care about.. :-)

Calon PAS turut usung keranda jenazah

Zaidy [berkopiah puteh] turut mengusung keranda jenazah anak saudara Pak Yob

SELAYANG: Pemimpin biasanya bersikap elit dan berada di kedudukan yang lain dari orang biasa tetapi bagi calon PAS di DUN Taman Templer, pemimpin sepatutnya sentiasa bersama rakyat.

Zaidy Abdul Talib antara calon PAS yang berusaha sebaik mungkin untuk bersama dengan rakyat di segenap segi.

Dari bermain bola futsal hinggalah berada di atas mimbar memberikan khutbah Jumaat, itulah kebolehan calon PAS ini.

Sekiranya berlaku sebarang kematian atau ada yang jatuh sakit, beliau akan turut menziarahi seperti yang dilakukannya awal pagi tadi apabila anak saudara kepada seorang ahli PAS, Pak Yob meninggal dunia di Apartment Merak, Selayang yang pada awalnya mengadu sakit perut.

Bagaimanapun, ketika di bawa ke klinik, anak saudara Pak Yob itu diberikan ubat oleh doktor, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan yang kemudiannya terus dinasihatkan untuk ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Zaidy adalah antara yang menguruskan jenazah anak saudara Pak Yob sehingga mengusungnya di dalam keranda.


Kempen

Faktor cuaca yang tidak menentu tidak mematahkan semangat calon ini meneruskan kempen dalam pru ke 13 ini.


(Zaidi berucap di atas belakang  kereta sambil berpayung)

Tanpa mengira lebatnya hujan membasahi bumi, dengan memakai 'rain coat', beliau tidak berhenti menyantuni para pengundi sepanjang kempen pilihan raya ini.

"Dalam keadaan cuaca tidak menentu, khususnya hujan di waktu petang, ia tidak membataskan pergerakan saya untuk terus turun padang menemui pengundi," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu, tiada waktu senggang yang membolehkan beliau duduk sahaja melainkan menemui para pengundi dengan jadual yang padat dari pagi hingga ke tengah malam.

Selepas Subuh, jadualnya bermula seawal jam 7 pagi apabila beliau akan bersarapan di tiga tempat hingga jam 9 pagi, sebelum berkempen dari rumah ke rumah dan terus ke tapak pasar-pasar malam pada sebelah petang.

Rutin harian Zaidy berterusan dengan ceramah-ceramah penerangan di tiga buah tempat setiap malam bagi memastikan amanah yang diberikan PAS kepada beliau sedaya-upaya digalas sebaiknya.



Nyanyian Zulkifli Nordin Untuk Pengundi Shah Alam?

Nak dengar nyanyian Abe Zul  Klik SINI

 
 
Sumber Info: Klik SINI


Nasihat Ku Nan sesuai untuk diri sendiri - Husam

PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa menyifatkan nasihat Tengku Adnan Tengku Mansor kononya untuk beliau, sebenarnya adalah sesuai untuk dirinya sendiri.

Husam berkata demikian merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno itu hari ini yang menasihatkan Husam jangan bermain dengan politik kotor.

Jelas Husam, sebaik dipilih sebagai calon Putrajaya beliau sudah membuat aku janji bahawa kehadirannya di sini adalah untuk bersahabat dan berpegang kepada politik madani.

"Saya tidak berbuat apa-apa pun lagi, dan tidak akan bermain dengan politik kotor.

"Misal isu Linggam, saya tak sentuh pun! Tetapi nasihat Tengku Adnan ini, saya kira sesuai untuk dirinya sendiri," kata Husam dalam sidang medianya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Husam sudah menjangkakan kempen kotor di pusat pentadbiran kerajaan itu semakin menjadi-jadi apabila ada pihak lawan telah mengedarkan buku fitnah terhadapnya.

 


Menurut Husam buku yang bertajuk 'Kenali Siapa Husam Musa; Politik Wang dan Kronisme' tidak mempunyai nama penerbit dan percetakan.

Buku tersebut mengandungi 36 muka surat telah diedarkan di Putrajaya seminggu yang lalu.

Setelah mendapat nasihat daripada pihak guaman, beliau dinasihatkan supaya membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 11(1) C dan D.

Beliau bersama empat peguamnnya dijangka akan membuat laporan polis berhubung perkara ini di Balai Polis Presint 9 hari ini.

Seksyen itu menyebut adalah menjadi satu kesalahan rasuah bagi mana-mana calon pilihan raya yang menyebarkan bahan-bahan bercetak yang tidak mempunyai nama penerbit dan pencetak bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

Dibawah akta tersebut juga pihak polis boleh menahan orang berkenaan dan boleh di bawa ke mahkamah.

Kesalahan denda RM5,000 atau satu tahun penjara di mana ia boleh menghilangkan kelayakan calon tersebut bertanding.


Sumber Info: Klik SINI

Husam Bakal Menjadi YB Putrajaya

KUALA LUMPUR: "Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.

Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam yang sangat luar biasa bagi kawasan Putrajaya.

Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.

Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya.

Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.

Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.

Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putrajaya.

Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam sambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.

Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.

Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.

Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor).

Ahli Pecat BN, BN Pecat Ahli

Terjadi begini hanya tahun 2013

Dugaan awal calon PAS dun Rantau Abang

Cikgu Alias doakan semoga penkhianat itu diberikan HIDAYAH oleh ALLAH

Apa Kata SURVEY

Info SURVEY ini akan di UPDATE dari semasa ke semasa

Hati-hati dengan dakwat kekal semasa membuang undi nanti


"Undi anda adalah dianggap sebagai batal dan tidak sah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati ada tanda pada kertas undi selain daripada tanda-tanda yang perlu (iaitu tanda PANGKAH) untuk membuang undi.

Pada PRU ke-13 ini, pegawai SPR akan menandakan jari telunjuk kiri anda dengan dakwat kekal sebelum anda membuang undi anda. Sila berhati-hati dengan kertas undi anda agar dakwat basah di jari telunjuk kiri anda TIDAK mengotorkan dan memberi tanda pada kertas undi anda. Sila bantu untuk mengingatkan rakan-rakan anda, keluarga anda, warga-warga emas dan pengundi kali pertama."

Orang Umno jangan menangis ya .... nanti Pok Din sekolahkan awak balik

Kenyataan daripada 4 tokoh berwibawa

PAS kecam letupan di ceramah BN

KUALA LUMPUR: PAS mengecam sekeras-kerasnya perbuatan khianat serta provokasi murahan yang cuba diamalkan oleh pihak tertentu sejak sebelum kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bermula lagi.

Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan, berkata sehingga kini beberapa kes di seluruh negara telah dilaporkan berlaku perbuatan khianat termasuk merosakkan markas pilihan raya PAS, merosakkan bendera, menyerang ceramah Pakatan Rakyat dan sebagainya.

Malam tadi pula katanya, dilaporkan berlaku letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran BN Nibong Tebal, yang menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki.

"Kita bimbang, ada pihak lain yang sengaja membuat provokasi, kemudian cuba memburuk-burukkan Pakatan Rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menurut Abdul Rahman lagi, jentera Pakatan Rakyat tidak mempunyai banyak masa selain fokus bertemu pengundi bagi menyampaikan maklumat kepada mereka.

Apatah lagi untuk membuat sebarang tindakan provokasi ke atas mana-mana program anjuran parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

Menurutnya, sepanjang kempen ini jentera Pakatan Rakyat khususnya di Nibong Tebal menjalankan kempen secara berhemah, selain mengelakkan sebarang tindakan provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan.

Tambah beliau, rakyat di negara ini juga sudah bijak menilai pihak yang sering menimbulkan provokasi di mana-mana majlis politik tertentu.

Dalam pada itu, Rahman memberikan jaminan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 ini, Malaysia akan kekal aman dan sejahtera dan tidak akan berlaku huru-hara seperti yang dimomokkan pemimpin BN.

"Jaminan kami, Pakatan Rakyat, Insya-Allah Malaysia kan terus aman jika memerintah nanti. Sedangkan kita tewas berkali-kali pun kita masih kekal aman, apatah lagi jika kita menang nanti," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua jentera parti yang bertanding, sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat serta bebas untuk berkempen secara berhemah dalam usaha memikat pengundi.

Pada PRU13 ini, kerusi parlimen P047 Nibong Tebal yang dianggap kerusi panas akan bertembung tiga penjuru membabitkan BN, PKR dan bebas.

PKR mencalonkan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, manakala BN meletakkan Zainal Abidin Osman, sementara bebas diwakili Teng Kok Pheng.

Berhubung insiden letupan malam tadi itu, polis dilaporkan sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.

Sumber Berita : Berita Tiger

AES: Saman tertunggak Rosmah, apa kata Najib




KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13, kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Justeru, ujarnya Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Menurutnya, manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES.

“Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, beliau telah menjalankan beberapa semakan:

1.      Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri
2.      Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor
3.      Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional

Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:

1.      Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan:



2.      Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau.



3.      Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013, seperti paparan skrin yang berikut:

“Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beria-ia mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat,” katanya.

Beliau mengambil contoh saman AES tertunggak Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.

“Saya menyeru supaya Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13,” ujarnya yang bertanding di Parlimen Pandan.

Sumber info : Klik SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: