Google+ Followers

Friday, 19 April 2013

Papagomo tidak hadir ke Permatang Pauh

DS Anwar, Datuk Salleh dan penyokong bergerak ke pusat penamaan calon
 
PERMATANG PAUH: Ke empat-empat calon Pakatan Rakyat selesai menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jam 9.20 pagi tadi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, Bukit Mertajam.

Calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dum) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man, calon Dun Penanti, Dr. Norlaila Ariffin manakala Dun Seberang Jaya menerusi calonya, Dr Afif Baharuddin terpaksa berada di luar dewan kira-kira 20 minit sebelum diminta memasuki dewan.

Kelihatan para penyokong ke dua-dua belah pihak berpekik mengeluarkan kata-kata semangat kepada calon yang bertanding dan kadang-kadang kedengaran kata-kata kesat kepada para penyokong yang berada agak jauh dari satu sama lain.

Mananakala calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail, Dun Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahya, Dun Penanti, Ibrahim Ahmad dan Dun Seberang Jaya, Datuk Mohamad Nasir Abdullah tiba 15 minit kemudian.

Anwar dicadangkan oleh Abdul Jalil Che Rose manakala penyokong, Ustaz Abdul Mutalib Maarof.

Bagi Saleh beliau dicadangkan oleh Shamsul Kamal Sahfi manakala penyokongnya, Ustaz Mahdi Abdullah.

Dun Penanti pencadang Dr Norlela Ariffin Ialah Norhashimah Ismail manakala Abu Bakar Abdul Ghani menjadi penyokong.

Untuk Dun Seberang Jaya yang ditandingi oleh Dr. Afif Baharuddin ianya dicadangkan oleh Afzal Khan Ahmad dan di sokong oleh Saudara Fathilullail Jaafar Sidek.

Selain calon Pakatan Rakyat dan BN bagi Parlimen Permatang Pauh turut menyerahkan borang pencalonan ialah calon bebas bernama Dr. Abdullah Zawawi Shamsudin.

Beliau dikatakan mengantikan Papagomo yang tidak hadir dan calon bebas Dun Seberang Jaya, Suamsut Tambrej.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: